09 Januari, 2009

Oftalmologi

Hari Isnin 12 Januari bersamaan 15 Muharram Kristal ada appointment mata kat Jabatan Oftalmologi, Hospital Sultanah Aminah, ofcourse lah JB bebb..

Kristal didapati rabun (sebab dia kanak2 masalahnya lebih kepada lazy eyes) pada mata kanannya dengan power sebanyak 200. Mata belah kirinya normal.

Jarang2 Kristal nak pakai spect mata dia. Kalau angin dia tiba2 nak pakai.. dia pakai… kalau tak… berlumutlah dalam casingnya.

Kadang2 bawak Kristal keluar pi shopping complex atau memana mesti orang toleh Kristal 10 kali. Coz kecil lagi dah speckies. Kalau ada yang terlebih ramah siap tanya… “eh.. kecil lagi dah pakai spect ye…”, “haah rabun sebelah mata”..”Oh.. macamana tau??”..

Bab macamana tau ni kalau boleh aku rakamkan nak aje aku rakam dalam tape pastu bila orang tanya je terus aku putarkan… tak pun bila Kristal guna spect je terus aku tampal kronologi yang mengakibatkan dia pakai spect kat bajunya… bleh??

Aku tau.. korang pun tertanya2 kan?? Kan?? Okeh sebagai blogger yang rajin meh sini aku ceritakan…

Mengimbau kenangan… (tolong buat muzik latar sendiri ye..)

Aku bersalinkan si Kristal masa kandungan aku 30wks. Bersalin ikut tingkap. Terpaksa kuarkan baby sebab buah pinggang aku hampir rosak kerana tekanan darah naik secara melampau… biasa dia… pap!... pap!

Kristal lahir masa tu tak sampai 1kg pun… 970gm saja. Korang bayangkan beso mana gaknya dia tu ye… korang tengok ibu jari korang… haaa betis dia aje lebih kecil dari ibu jari tangan korang.

Masa tu dok cakap baby dah tak membesar sebab tekanan darah yang melampau telah menyebabkan semua nutrient yang aku makan dah tak sampai ke baby. So semenjak aku pregnant 6mnth baby dah tak membesar.

Skang ni teknologi canggih2. Dorang dah bleh agak baby yang lahir tak cukup bulan mesti akan menghadapi 3 problem. Untung nasib kalau dapat satu je problem. Problemmo nyeee adalah.. kalau tak rabun, ada masalah paru2 atau pun masalah berkaitan usus. Biasanya kalau masalah usus kene tebuk kat perut untuk pasang kantung then umur 3 tahun baru dorang repair ususnya.

So pemeriksaan dibuat pada Kristal ternyata dia ada problem mata. Mengikut apa yang diterangkan oleh Pakar Otralmologi urat saraf pada mata Kristal giat bercambah dengan aktif. Kerana supposed dia berada dalam perut dan banyak lagi pertumbuhan sepatutnya berlangsung. Tambah dok lagi urat mata baru yang tumbuh tu dah menutupi urat mata yang sedia ada. Akibatnya blocking dan pendarahan telah berlaku. So dok suggest untuk laser kedua2 matanya. Untuk menghentikan pertumbuhan urat2 baru. Aku tanya dok, apakah risiko kalau tak nak laser. Dok kata risikonya adalah KRISTAL BOLEH BUTA.

Aku tak sampai hati plak memikirkan masa depan dia yang bakal menjadi kelam kalau aku tak nak laser. Tandatangan kami diambil untuk laser mata dia. Dok kata Kristal akan dibius sepenuhnya kerana ianya amat menyakitkan.

Kristal di laser pada ketika usia 40 hari. Aku tunggu dia kat OT. Masa lepas OT tu aku tengok kepala dia terkulai kerana bius BESAR yang diberikan. Keadaannya amat daif dan menginsafkan. Aku dapat bawak Kristal balik ke rumah pada usia dia 47 hari.
Semenjak itu setiap 6 bulan skali Kristal akan buat cek up mata. W/pun tak pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah Kristal tak buta. Biarlah rabun sket dari jadi buta. Biarlah rabun sebelah mata dari rabun dedua mata.

So… 12/1 nak pegi cek up lagi. Tapi satu masalah minah ni… kalau dalam bilik pemeriksaan tu dia tak nak bercakap. So dok tu tak tau Kristal ni nampak ke tidak objek yang ditunjukkan. Dok akan tutup mata yang tak rabun tu then akan tunjuk gambar objek. Kristal kene cakap apakah bentuk objek itu, kapal terbang ke.. itik ke… keretapi ke… tapi dia lebih kepada diam…
Appointment yang terakhir adalah 6 bulan lepas. Harap2 Kristal kali ini bagilah tindak balas… kalau tak terpaksalah aku mendengar omelan2 doktor itu.

Ha... so korang dah dapatlah ye jawapan kenapa Kristal pakai spect...

7 ulasan:

attyfir berkata...

ooh faham..dah..

atty doakan yg terbaik tuk ..kristal..amin

Ad berkata...

mm.,.sgt berinformasi..lenkali sesapa tanya, jawab cenggini..

'silalah ke blog i"..

gituuu...

Ad berkata...

tuah ayam nampak di kaki, sapa tau tuah kristal nnt jadi org yg hebat..

aminn..

LayarLara berkata...

atys..
eheks... heheheh panjang lebarr nak bagi paham ni...

LayarLara berkata...

ad,
AMINNNNNNNNNNNNNNNNN

Elyn Sani berkata...

owh camtu cite die ek..... alhamdullillah cume rabun cam i je....

PerantauSepi1306 berkata...

alahai ciannye.. macam2 dugaan manusia ni kan.. semoga tabah dan juga semoga kristal kian pulih insya allah dengan berkat usaha mamanya..