Memaparkan catatan dengan label Kristal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kristal. Papar semua catatan

09 Januari, 2009

Oftalmologi

Hari Isnin 12 Januari bersamaan 15 Muharram Kristal ada appointment mata kat Jabatan Oftalmologi, Hospital Sultanah Aminah, ofcourse lah JB bebb..

Kristal didapati rabun (sebab dia kanak2 masalahnya lebih kepada lazy eyes) pada mata kanannya dengan power sebanyak 200. Mata belah kirinya normal.

Jarang2 Kristal nak pakai spect mata dia. Kalau angin dia tiba2 nak pakai.. dia pakai… kalau tak… berlumutlah dalam casingnya.

Kadang2 bawak Kristal keluar pi shopping complex atau memana mesti orang toleh Kristal 10 kali. Coz kecil lagi dah speckies. Kalau ada yang terlebih ramah siap tanya… “eh.. kecil lagi dah pakai spect ye…”, “haah rabun sebelah mata”..”Oh.. macamana tau??”..

Bab macamana tau ni kalau boleh aku rakamkan nak aje aku rakam dalam tape pastu bila orang tanya je terus aku putarkan… tak pun bila Kristal guna spect je terus aku tampal kronologi yang mengakibatkan dia pakai spect kat bajunya… bleh??

Aku tau.. korang pun tertanya2 kan?? Kan?? Okeh sebagai blogger yang rajin meh sini aku ceritakan…

Mengimbau kenangan… (tolong buat muzik latar sendiri ye..)

Aku bersalinkan si Kristal masa kandungan aku 30wks. Bersalin ikut tingkap. Terpaksa kuarkan baby sebab buah pinggang aku hampir rosak kerana tekanan darah naik secara melampau… biasa dia… pap!... pap!

Kristal lahir masa tu tak sampai 1kg pun… 970gm saja. Korang bayangkan beso mana gaknya dia tu ye… korang tengok ibu jari korang… haaa betis dia aje lebih kecil dari ibu jari tangan korang.

Masa tu dok cakap baby dah tak membesar sebab tekanan darah yang melampau telah menyebabkan semua nutrient yang aku makan dah tak sampai ke baby. So semenjak aku pregnant 6mnth baby dah tak membesar.

Skang ni teknologi canggih2. Dorang dah bleh agak baby yang lahir tak cukup bulan mesti akan menghadapi 3 problem. Untung nasib kalau dapat satu je problem. Problemmo nyeee adalah.. kalau tak rabun, ada masalah paru2 atau pun masalah berkaitan usus. Biasanya kalau masalah usus kene tebuk kat perut untuk pasang kantung then umur 3 tahun baru dorang repair ususnya.

So pemeriksaan dibuat pada Kristal ternyata dia ada problem mata. Mengikut apa yang diterangkan oleh Pakar Otralmologi urat saraf pada mata Kristal giat bercambah dengan aktif. Kerana supposed dia berada dalam perut dan banyak lagi pertumbuhan sepatutnya berlangsung. Tambah dok lagi urat mata baru yang tumbuh tu dah menutupi urat mata yang sedia ada. Akibatnya blocking dan pendarahan telah berlaku. So dok suggest untuk laser kedua2 matanya. Untuk menghentikan pertumbuhan urat2 baru. Aku tanya dok, apakah risiko kalau tak nak laser. Dok kata risikonya adalah KRISTAL BOLEH BUTA.

Aku tak sampai hati plak memikirkan masa depan dia yang bakal menjadi kelam kalau aku tak nak laser. Tandatangan kami diambil untuk laser mata dia. Dok kata Kristal akan dibius sepenuhnya kerana ianya amat menyakitkan.

Kristal di laser pada ketika usia 40 hari. Aku tunggu dia kat OT. Masa lepas OT tu aku tengok kepala dia terkulai kerana bius BESAR yang diberikan. Keadaannya amat daif dan menginsafkan. Aku dapat bawak Kristal balik ke rumah pada usia dia 47 hari.
Semenjak itu setiap 6 bulan skali Kristal akan buat cek up mata. W/pun tak pulih sepenuhnya tapi Alhamdulillah Kristal tak buta. Biarlah rabun sket dari jadi buta. Biarlah rabun sebelah mata dari rabun dedua mata.

So… 12/1 nak pegi cek up lagi. Tapi satu masalah minah ni… kalau dalam bilik pemeriksaan tu dia tak nak bercakap. So dok tu tak tau Kristal ni nampak ke tidak objek yang ditunjukkan. Dok akan tutup mata yang tak rabun tu then akan tunjuk gambar objek. Kristal kene cakap apakah bentuk objek itu, kapal terbang ke.. itik ke… keretapi ke… tapi dia lebih kepada diam…
Appointment yang terakhir adalah 6 bulan lepas. Harap2 Kristal kali ini bagilah tindak balas… kalau tak terpaksalah aku mendengar omelan2 doktor itu.

Ha... so korang dah dapatlah ye jawapan kenapa Kristal pakai spect...

12 Disember, 2008

Masing2..

Aku takde mende nak cerita...

Blink!!! tetiba aku nak cerita pasal perkembangan anak2.... jangan bosan ehhh....


Danial (Yang Sulung.. tengok muka dah tau 1001 perangai)

Next year akan menginjak (wooooo sudah lama wooo aku tak guna perkataan ni, rasa cam baca novel plak) ke darjah satu. Stakat ni kelengkapan skolah dah settle, cuma alatulis je aku lom beli lagi.. tapi kalau aku tak beli pun tak ngapa.. stock pensil, stock pemadam, stock pengorek stock pensil warna masih ada lagik... korang mesti pelik napa aku siap ada stock lagi... bukan apa... aku pun pelik si danial ni.. dia mamah agaknya pensil, pemadam, pengorek dia... sekejapan hilang... entah dia murah hati bagi pada kawan2 dia gak nye.. Bapak dia belikan pemadam yang baik punye tak mo guna.. tahan dia beli pemadam yang 20sen.. keras.. padam pun tak bersih... yenna dey...

Perangai dia sangat mencabar wooo.... smalam, elok aku ngan AbangSayang pergi kerja dia bleh amek kunci n keluar pastu invite kengkawan datang rumah, siap buat kenduri makan2 lagi ko.... Aku biasalah dah masak awal pagi... Smalam aku masak asam pedas ayam, sup cendawan dan buat sarapan mee goreng.. Aku ingat balik nanti aku dah tak payah masak lagi.. sebab aku masak banyak... Lain plak jadiknya... Ye.. bersedekah lah kan.. korang nak cakap cam tu kan??

Tapi aku pelikla.. kejiranan aku mak bapak dorang tak cari plak anak2 takde kat rumah, elok memasing dah makan t.hari kat rumah aku baru le mak masing2 datang panggil anak balik.... umah aku ni nursery ke??? Siannya kat uda laaa, aku pergi kerja rumah sangat bersih, aku memang tak nak susahkan uda, biar dia take care anak2 aje... tapi smalam uda kena kerja lebih masa, dari depan sampai belakang.. Danial n the gang punye hal.. Malam tadi Danial sudah kene kaw2 ngan AbangSayang... antara intipati yang diungkapkan AbangSayang.. kalau kene culik cemana... kalau jatuh tegulik sesorang cemana... Hari ini kunci masih gantung kat tempat biasa, nak tengok dia berani lagi ke panjat kerusi amek itu kunci..


Kristal (Yang Second... Ini ada arabic sket muka, cobaan )

24/11 lepas baru celebrate besday yang ke-4, tapi bulan 1, 2009 ni dah consider 5 tahun.. so masuk tadika laaa... Tadika paling dekat, selang 2 buah rumah aje dari rumah aku, biar pergi balik jalan kaki. Jangan ko beranganlah nak naik bas bagai. Sangat rajin coloring... cantik n kemas, comot2 sket2 je.. kalah si Danial kalau bab warna mewarna ni. Bulan 1,2009 ni gak dah kene start mengaji. Kalau dulu masa aku kekecik mengaji start umur 4 tahun. Tapi anak aku aku bagi longgar sketlah... ampunnnn kalau betaraguru baca ni. Pandai gak mengeja.. tapi mengeja cara dia le... 'A' aaa.. 'A' aaa... emak.. 'A' aaa..'A'aaaa.. adik... boleh???

Sudah pandai loyar buruk... mementang asik tengok cite bujang lapok... sumer arahan aku dia bantai cakap COBAAANNNNNN... cobaan kepala hotak kau... (bukan aku cakap eh... ENI JASMIN yang cakap). Dia ni aku tak tau le bila masa dia nak berisi... harap inci je makin naik. Bukak baju bleh jadi gitar tulang rangka.... Baguss... ko jangan ikut mak ko ni... badan memang dah tak de alignment. Sudah pandai melawa... tapi bila aku suruh tocang rambut bleh dia kata "Kakak lelaki, mana boleh tocang..." kecelaruan..


Zahra (Yang Ketiga.. wajah yang penuh kejawaan)

Every 27hb akan menggenapkan bulan dia ni... Baru 6 bulan... sedang gigih berlatih untuk duduk 'mentimun'.. klakar plak bunyiknya... Paling suka menjerit.. dia ingat suara dia nyaring sangat gaknye.. Merangkak/menyelar sampai masuk bawah kerusi.. bila dah terperangkap menjerit kekuat... Kalau aku panggil sesapa yang dalam rumah.. dia plak yang perasan menyahut... "uhh".."uh.." perasan lah ko dek..

Beratnya baru 6.2kg. Zahra ni memang pemakan, kalau kayu or batu aku kikis halus suap kat mulut dia pun dia nganga... Makanan yang sepatutnya dia tak makan seperti nasik lemak, ayam goreng sumer dia dah bedal. Kekadang aku confius.. dia ni dah kenyang ke lapar lagik.. sebab apa saja orang bagi dia nganga.. pengsan jugak anak aku terbongkak kekenyangan.. tapi yang pasti dia akan makan nestum/biskut 2 kali sehari, bubur nasi sekali/2 kali sehari. Zahra ni jenis lasak, kene injek bulanan tak pernah nangis, sengih aje.. ko tak de perasaan.

Skang ni pantang nampak kelibat aku, mesti jerit2 nak ikut. W/pun aku lalu depan dia sambil tutup muka. Suka korek mulut aku kalau aku tengah makan. Dan buat masa ini hobi dia ialah tarik rambut kristal.

(Yang Keempat.... er.. taddaakkk lagi..)

21 Januari, 2008

Last WARNING

Hello...hello...hello..

Ini nak bagi last warning di suasana kejiranan 12/6. Korang ni kan.. pandai buat/bela 'anak' je tau.. tapi bila dah ada problem mulalah korang campak 'anak' tu kemana-mana.

Smalam balik dari Pontian lepas masukkan barang2 pasar dalam rumah, aku dengo Danial ngan Kristal jerit2 kesukaan cam histeria. Apa kene lah bebudak ni... Bebudak tu berlari masuk dalam ngan AbangSayang skali lari masuk dalam rumah, terus tutup pintu. Apa ke halnye ni?

Laa... ada orang buang 'anak' kat rumah aku ropenye... Cantik, bulunya panjang... warnanya oren2 kuning... sesuai kalau aku panggil 'noneng'. Masih anak2 lagi... Tapi sian kucing tu tak berapa bersih, bulu tak terurus, mata dia plak tak berapa elok dua2 belah. Cam kene sakit mata gitu.

Anak kucing tu disuruh pergi tak mau gak dia pergi... 2 orang budak dalam rumah ni memang amat suka ngan kucing, tapi pasal dorang memang alah ngan bulu, so aku memang tak bela laaa. Beberapa hari sebelum tu dorang gasak cerita pasal nak bela pet aje... kalau tak bagi kucing, nak hamster, tak boleh hamster nak rabbit... eiii sumer tu berbulu sayang.... dan tambah lagi... sisa buangan mereka itu tersangatlah 'wangi'nya... at last dorang nak bela turtle... adakah??? Korang pernah dengar spesis 'turtle pingpong?'. Umur dia kalau dah berpuluh tahun pun besar bola pingpong gak.. tu pasal dia dapat gelaran tu.. Tapi tu KIV dulu... tengoklah AbangSayang luluskan ke idak permohonan dorang tu.

Berbalik pada kesah anak terbuang kat rumah tadi... AbangSayang suruh buatkan susu n bubuhkan ubat mata kat kitten tu... Aku godak susu, habis sepiring.. cari2 ubat mata, aiseh aku dah buang le last month. So takdelah rezeki kucing tu nak baik cepat biji matanya..

Petang aku bagi lagi kitten tu susu n makan nasi lagi coz malam sebelum hantar MIL aku nak hantar kitten tu kat kedai makan. Huishhh.. sapa yang nak bela... bukan aku ada kandang ke apa.. bebudak dua orang tu mana bleh tak pegang.. mesti dorang nak dukung2.... kang mengundang penyakit je..

Adoiilaaa hazabnya nak eksport kitten tu... aku kene banyak bersoal jawab ngan si Kristal n Danial. Bebudak tu siap dah bagi nama pada kitten tu.. "Kitty"... antara rayuan2 yang dorang buat adalah :-

1) Sian kitty mak (abis? ko tak sian kat mak ko ni bila menjaga korang siang malam dek sakit sebab bulu?)
2) Sian kitty takde mak (abis? ko nak suruh mak ko ni adopted si kitty tu plak?)
3) Nanti kitty tu tido sejuk (cukup bagus mak ko ni dah bekalkan dia ngan kotak dan kain skali)

Puaslah aku memujuk... aku bagi tau kat Kristal, sattt je lagi mak kitty tu datang nak amik dia... Dah tu bleh plak si kristal tu jawab "Ohh.. mak dia nak amik dia ye? Mak dia nak bawak balik eh? Mak dia dah masak eh? Mak dia nak bawak dia balik makan eh?"

Muka kristal down sangat masa tu... sian anak aku...

Kejiranan 12/6, korang lengkali humban 'anak' korang kat rumah aku siap ye... aku amuk.. aku amuk hingga ke titisan darah yang terakhir... sian kat anak aku tau... emosinya terganggu...

Lengkali kalau nak humban sesuatu kat rumah aku, pastikan ianya amat bernilai dan berbaloi untuk aku dimasa2 akan datang.. dan yang paling penting.. boleh mendatangkan RM kepada aku..... hehehheheheh