29 Januari, 2009

Sekembalinya aku..

Seperti yang dirancang, AbangSayang, Danial n Kristal menuruti langkahku ke Melaka. Zahra babai lah tinggal kat rumah Mak Long.

Dorang sumer sampai jam 12.15 noon, lagi 45 minit je aku nak lunch break. Aku jumpa dorang kat lobby bagi kunci, tunjuk bilik (dah macam penyambut tetamu plak) aku terus cont bengkel.

Konon2 tak nak lunch asing2 ngan family aku sanggup bagi kupon lunch aku pada officemate, dengan harapan tak pelah... biarlah aku lunch ngan family...

Tapi hampeh b. haram zadehhh.. aku just makan maggie cup saja... sebab AbangSayang asik ngadap tv je.. sampai kul 2 tengok buletin 1.30. Dah kul 2 baru cakap... "Tadi kata nak pi makan??"... tak payah aku dah majuk... aku nak masuk bengkel semula kul 2.30... hati aku sebal aje sambil makan maggie cup tu... nak muntah pun ada..

Dinner pun aku bagi gak officemate aku kupon, sebab malam tu aku dinner kat luar bertiga.. tidak berempat.. sebab kristal tido dalam keta.. dah tak tahan kepenatan jadi ikan duyung dari kul 3 sampai kul 6 petang.

Oh ye... aku tak dapat le nak mandi2 pool bagai, sebab bendera jepun sedang berkibaran diangkasaraya... sooo tiada aktiviti tambahan ye sedara2. Makanya jangan tanya mana gambo aku ngan swimming suit bergetah aku... hehehehe

Hari Ahad pagi tu aku tepon Mak Long... huhuhhu Zara demam.. panas sangat badannya... Alar ciannnnn hemmm. Zara tak jumpa aku dari hari Jumaat sampai le hari Ahad.... sian dak tu..

Mengikut perancangan aku nak merewang2 sat kat Melaka, malam baru sampai rumah. Tapi bila dah dengar Zara demam, so bila tamat aje bengkel, lunch dan aku terus berdesup balik ke Johor dalam kul 1 petang cam tu.... n tiba dalam jam 3.15 petang

Sampai2 rumah Mak Long tengok Zara mata dah sembab merah, sebab melalak badan tak sihat, hidung merah, bibir pun merah. Muka dia saling tak tumpah cam bulldog. Bibir terjuih... kepala terlentok.. kalau angkat tangan dia time tu gerenti jatuh lembik...

Aku hulur tangan, Zara tak mau koooo!!!!!!!!! Can u beleive it???? 3 hari tatak jumpa neeee... Zala tatak mau sama dia punye emmakkk leeee... Haiiyaaa.... Aku amek gak dia dari Mak Long... alah...alah..alah... Zara hulurkan badan pada Mak Long semula...

Hampeh tul... aku buru2 balik ngenangkan dia demam... bila aku sampai langsung dia tak nak pandang aku... kalau aku tau... meroyanlah aku pepuas baru balik... hehehehehheheh.

Petang tu jugak aku hantar Zara pi klinik... tepek coolfever kat dahi dia... Alhamdulillah dah ok demamnya, tinggal selsema n batuk...

*************
Masa bengkel tu ada diselitkan slot pasal GAZA/PALESTIN.. Memang sedih... Ada gak isu memboikot produk yang menyumbang kepada Israel. Yang bagi talk tu adalah one of head pergerakan islamiah namanya Dr. Rahim. Antara isi yang memberi kesan dalam hati aku adalah :

"Ye, ramai yang berkata2 apa sangatlah 10 sen yang disumbangkan pada Israel bila kita beli produk yang berkenaan. Cuba awak semua ingat kembali kisah burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Bila burung itu mengambil air menggunakan paruh, ada 2 haiwan lain yang melihat... Haiwan lain tu bertanya... mampukan air dari paruh kau yang beberapa titis itu memadamkan kebakaran?. Burung itu cuma menjawab, ye memang tidak boleh padam, tapi bila Allah bertanya dimanakah tanggungjawab ku sesama makhluk di akhirat kelak, sekurang2nya aku telah berusaha...."

Kami juga dipaparkan dengan tayangan2 penderitaan penduduk Gaza.

***********************
Ada sesuatu yang sedikit pelik berlaku pada Kristal kat Melaka.. nanti aku cerita dalam entry lain ye...

Balik dari bengkel ni banyak yang perlu aku settlekan... of courselah bende2 yang berkaitan bengkel.... dah namanya pun bengkelkan...

5 ulasan:

kHairie berkata...

xdapek ku bygkan akak dgn swimming suit...
ehehehehe XD

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Khairie,
Nasib baik bendera jepun berkibar, kalau tak akak ko ni ngan swimming suit yang bergetah itu, sudah tentu kosong pool tu akibat ketidaksanggupan memandang diriku ini.. muahahahh.

Ad berkata...

ayyo..di malaysia pun makan maggie cup???

Ad berkata...

kanda..percepatkan entry kristal dgn dunia misterinya ittew yer

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Ad,
Haahlaaaa apa dinda ingat Dinda sorang aje ada Maggie Cup kat China tu?? Kanda pun ada tauu....

Dua!!! cincin tembaga (tetiba teringat cerita seniman bujang lapok)

Ad,
Okeh nanti kanda boh entry kristal tu ye.. supaya ko ilang sket penderitaan ko tu..