25 Februari, 2009

Sambungan


(Sambungan)

Kalau tak silap, aku ditolak pegi ke bilik saringan 6 lebih. AbangSayang n Danial tunggu kat luar. Sian aku tengokkan si Danial bukan boleh buat apa pun. Kat bilik saringan dorang tukar kain batik aku yang dah lenjun dek darah tu ngan kain spital kaler pink. Sapa2 yang pernah merasa dok spital, especially yang pernah jadi mummies mesti pernah pakai seragam pink tu. Yang kecik2 pun dorang tukarkan.


Baring dalam bilik saringan sangat tak selesa. Sebab kat situ bilik tempat orang yang memang cek untuk bersalin. Sambil terbaring tu aku tengok ada lah plak orang yang nak terberanak ni pakai vogue, ngan lipstick bagai, ngan slack, ngan baju yang sangat cantik. Aku budget pompuan ni mesti tengah gila shopping then tetiba rasa sakit perut. Pegi je spital dah bukak 6. Aje gila nak meneran atas katil ngan baju lawa2 cenggitu. Push baby push!


Aku ni terbaring kat atas katil takde sapa pun peduli. Dah le katil dia separa condong. Sesekejap aku melurut kebawah. Dah le nak bergerak nak betulkan kedudukan sikit punye payah, sakit. Kat depan2 aku ada le dua orang doctor. Tapi dedua doctor tu tak nak handle aku. Main cakap tunggu doctor kul 10.


Abis? Skang ni baru nak kul 7. Berapa lama aku nak baring kat sini?? Takde kata putus nak buat apa ngan aku ni. Bila dah terkapar sesorang cam tu tangan aku gapil. Dok raba2 woundbreak. Membengkak. Aku raba2 lagi tengok tangan. Hem.. darah. Still bleeding. Weii!! I’m dying ok!!!


Kain sarung yang aku pakai tu aku tekap kat tempat jahitan yang terbuka. Tekap, tengok , tekap, tengok, tekap, tengok, tekap, tengok. Itu ajelah kerja aku. Sampailah ada nurse2 datang. Masa tu dalam kul 8. Dorang bukak tengok kecederaan aku. “Eiii… ni mesti sakit ni”..
Wahhh sajalah tu nak bagi aku lagi takut. Nurse tu interview aku tanya cemana kronologi kejadian.


Aku cerita aku tengah salin baju baby. Suddenly ZUUUuup! Rasa pedih yang teramat sangat kat tempat jahitan hujung skali belah kanan. Then ada rasa meleleh kat peha2 aku. Aku selak baju, buka simpul kain batik, panties aku dah penuh darah semata.


Nurse tu blah, datang lagi nurse lain, tanya lagi mende yang sama, aku cerita lagi. Nurse tu blah, nurse lain datang, tanya lagi… bla..bla..bla.. Tekak aku dah naik kering. Weiii aku last makan jam 3.00 petang tau. Tu pun biskut ngan air milo saje. Skang ni dah kul 10 tau!! Aku lapar… dahaga.. korang ni asik tanya..tanya..tanya.. bila nak bagi settle masalah aku ni?? Nurse tu bleh borak sesama dorang cakaplah dulu pernah ada case cam ni. And ada doc pompuan tu aku tak ingat doc apa kenama dorang sebut main koyakkan aje perut orang tu nak tengok berapa banyak darah bertakung kat dalam n baru dia jahit tanpa bius. Woohhooooo… sangat takut ok!!!! Aku berdoa semoga aku tak berjumpa ngan doctor itu…


Perut aku lapar… n angin sangat… bersesak2 angin dari perut aku nak keluar. Yang dorang kat situ tau apa.. asik borak2.. ketawa borak ketawa.. borak ketawa.. takde tanya aku nak air ke… burger ke.. nasik ayam ke… Sebagai balasan kepada mereka yang sangat2 membuatkan aku derita.. nah rasakan peluru penabur aku… Perghhh aku sendiri tak bleh tahan bau dia.. inikan dorang… hehehehhe aku siap kipas2 ko.. Hahahahaahah.. Dah le tempat tu beraircon, pergh memang gampang sehhhh baunye..


Uiihh bergelodak lagi perut aku ni… Nah! Aku bagi lagi beberapa das!!


Aku perati nurse2 kat situ dah kembang2 idung. Aku cam biasalah buat dunno je.. Nasib korang le. Bau dia aku rasa adalah cam bau besi hangit gitu.. Er.. janganlah korang bayangkan plak…
Suddenly ada doc pompuan masuk. Aku rasa doc baru kot sebab muda.. Ada ke dia masuk je terus dia cakap… “Emmmm sedapnya bau… macam bau burger!”..


Hahahahhahah kalau aku boleh ketawa guling2 masa tu, gerenti aku terjun dari katil tu n ketawa guling2 selama satu jam tanpa henti. See… dok tu dia belajar sampai wayar otak dia dah putus. Bau kent ngan bau burger pun dia dah tak bleh bezakan.. Ha..ha..ha.ha..


Dalam kul 11 malam ada le Indian nurse datang kat aku. Dia tanya aku nak apa2 tak. Oh sungguh mulia hatinya. Dari kul 6 lebih aku tersadai hanya dia yang tanya aku nak apa2 ke. Nampak dia cam fresh je, mesti baru tukar shift ni. Aku cakap aku nak jumpa laki aku n anak aku yang tersadai kat luar. Then dia pun panggil AbangSayang. Aku cakap tolonglah bawak Danial makan. Sian woo..


At last without any action dorang terus sorong aku pergi wad. Sebab aku tak bawak GL kemende maka aku dihumbankan ke kelas 3. Korang bayangkan dari kul 5 lebih jejak kul 12 malam aku terlantar.. and resultnya aku hanya di letak dalam wad. Apa kes??


Aku cakap ngan AbangSayang, aku lapar sangat. AbangSayang belikan air milo kotak, kuih tart, roti inti strawberry. Aku pandang muka laki aku. Bang ketahuilah oleh mu, isterimu ini baru 5 hari beranak. Mana boleh makan kuih tart n roti yang beragi ni. Tak sampai hati aku nak suruh dia turun naik, aku just amek milo kotak je. Yang lain aku bagi Danial.


Aku baring static je atas katil. Pusing kiri tidak, pusing kanan pun tidak. Sebabnya sakit. Jahitan yang terbuka masih dibiarkan. Darah pun dah kurang, tapi still ada lagi. Aku tidur.
Jam 4 pagi aku terjaga. Aku nak membuang yang kecil2. Aku gerakkan orang sebelah, mintak dia panggilkan nurse. Tempat aku jauh sangat dengan kaunter. Tapi indon tu bleh cakap, akak sabar aje, nanti dalam kul 6 dorang datang cek. Palotak ko! Aku ni nak terkencing sangatlah. Bingai tul. Takpe ko tak nak tolong aku.. takpe..


I’ve to do something. Aku tak nak terkencing atas katil ni. Aku tolak kaki supaya badan kebelakang. Sambil tu aku cuba sket2 untuk bangun. Aku capai besi katil n duduk, test dulu berdiri. Tak sakit.


Aku try jalan, 3-4 langkah aku berenti sebab memang perit sangat. Nasib kat tepi2 koridor ada kerusi. Aku berenti relax n jalan. Berejam nak sampai bilik air. Akhirnya aku Berjaya! Balik dari bilik air satu hal plak cemana aku nak naik atas katil. Katilnya tinggi.


Pagi jam 6 nurse datang cuci luka. Basuh segala2 darah tu. And aku tanya nurse tu berapa besar jahitan yang terbuka, adalah dalam 1 inci. Apa 1 inci?? Satu inci sudah ini macam punye sakit woo… Luka aku masih mengeluarkan darah merah time tu. Tapi dah tak berlambak2.
Aku tengok ada aci depan katil aku. Pun buat operation. Tapi kesian jahitan dia sepanjang 10 inci tak bertutup. Dah jahit pun cam luka tu tak nak bercantum. Berlobang2, bercantum cuma kat tempat masuk jarum je. Dah dua kali dia jahit tapi keadaan still sama. Isk.. ngeri aku tengok. Tapi aci tu memang slumber je, badan dia kecik sket je dari artis shanie. Bleh pegi mandi, berjalan. Tak sakit ke??


Dok round jam 11 pagi. Dok cakap aku bleh balik, sebab luka aku tu tak berair, Cuma berdarah aje. Minah indon yang kerek ngan aku tu tak bleh balik sebab luka dia berair. Padan muka, itulah balasan kalau kerek ngan aku.


Sebelum aku balik tu, doc tanya aku nama doctor yang buat caesarean masa bersalin dulu. Then aku cakap DOK. SURESH. Then doc tu terus cakap “Suresh again..dirty hand”, aku dapat tau 6 dari 10 yang buat ngan Suresh sumernya wound breakdown. Apa punye doktorlah. Sekeh kang, meh sini aku toreh2 plak perut kot tu. Nak kata si suresh tu tua idak, aku rasa dalam 30++ and takde sampai 40 pun. Memang muda and looking good. Tapi kerja dia tak senonoh ok. Akibatnya aku yang tanggung derita.


Tapi untuk 2 minggu aku kene pergi ke pusat kesihatan university setiap hari untuk buat flushing. Luka aku tu masih tak tertutup n masih lagi berdarah tapi lite2 saja. Then nurse kat pusat kesihatan univeristi dia gunakan satu krim. Satu tiub sebesar jari telunjuk berharga RM180. Dia bubuh kat luka aku tu then dia kepitkan, jangan buka selama 24 jam. Aku pun ikut je cakap dia. After 24 hours.. magic! Terus rapat kulit aku seperti tiada apa2 yang berlaku.
Aku pelik, napa kat spital takde ubat sebagus ini ye?? Kalau bagi kat aci yang dah sebulan dok kat spitaltu mesti bagus.


Ye.. begitulah sambungan ceritanya..


Haa habis dah.. jangan korang paksa2 aku sambung lagi cerita ni.. dah habis tau.. penat dah aku menaip.

11 ulasan:

Elyn berkata...

ish larat ko duk sepital gitu kak..... dr koi 5 sampai tgh mlm sorang pun x layan ko.....

kalo laki aku sah2 sume kene bambu.... ngan die penat duk tunggu lai..... ish sian tul ko ngan laki ko.........

atty's berkata...

yeah abis gak episode nie..
dah akhirnya luka ko cantum balik ye..syukur..tp beh ar citer nie..

Ad berkata...

sib baik la dinda ni laki..kus semangat...Ni ha.cuba cerita skit kisah pilu hiba ni kat uda..insyaAllah, betul la alignment dia tu!

(duduk tepi tangga sambil mengosokkan tembakau kat gigi)

Shumierain berkata...

Mmg gitu la nasib kalo g spital gomen ni..memacam cite psl misi n doc sy dengar..

ape keparat nar Dr Suresh 2..die amik degree terbang ker..harus di sula..

naturalspirit03 berkata...

hehehe.... pengalaman neh.... gara-gara baby zara yg cute tu... ceq tidor duduk selama 7 hari... hari2 ceq pi kejer... parking keter tepi jalan bawah pokok n tidor sejam dua... ngantuk woooo..... hari2 ceq melawat ko kat spital.. nak bg motivasi lah kunun... tapi bila ceq yg masuk sepital.. ku haramkan kaki korang menjengok ceq kat sna.. eheheh nak berehat la katakan... yang geramnyer ngan baby zara... time di pelok dia tidor... letak jeww kat bawah... dia punyer mata sama mulut pun terbuka..... dugaan tol...eheheh.... waktu siang ceq rasa berjalan macm nak cium tanah... sib baik susu dia okek... ko ingat tak 1 hari baper kali dia tukar lampin?.. ohh baby zara.. sekarang ko dah xdak masalah... alhamdulillah.....

LayarLara berkata...

Elyn,
Ye pengalaman menjadikan aku rakyat mesia yang begitu berhati waja.. (ada kene mengene ke?) layanzzz!!

LayarLara berkata...

Attys,
Ohhh ko baca memanglah best.. tinggal lagi hazabnya aku yang tanggung.. heheheh..

Attys aku serik nak beranak lagi.. tapi sayang wooo ada satu lagi qouta..

LayarLara berkata...

Ad,
Besok lusa ko mesti menghargai isteri ko tau.. jadilah suami mithali...

Aku rasa kalau ko pompuan, ko pengsan sepuluh empat belas ratus kot.. hahahaah.

Cita kat Uda?? huh.. TAK PEDIHKAN MATAAAA (cam iklan sabun)

LayarLara berkata...

Ad,
Kurang tonyoh tembakau tu.. meh sini kanda tolong tonyohkan.. (ngan muka2 skali bleh.. hehehehhe)

LayarLara berkata...

Shiumerain,
Kalau tengok Doc Suresh tu, gaya dia, memang sempoi.. dia potong2 perut orang leh nyanyi2 lagik.

(Oh teringat potong perut kali pertama oleh doc yang sangat hensem.... malula I u nampak perut ai... i tak suka tau!)

LayarLara berkata...

Naturalspirit03,

Weh mak antu, jasa ko memang takleh aku lupakan... kalau aku beranak lagi nanti ko sign agreement siang2 ngan aku eh.. jadi midwife aku.

Tapi seminggu je ko alert, penyudahnya aku bentan pun tak ko tak sadar, Zara jerit pun ko dah lali.. hahahahah..