03 Mac, 2009

Kenduri Cik Rose



Sigh! Aku pun tak mengerti kenapa tenet kat tempat aku very the bapak slow. Bukan stakat slow, nak bukak blog pun asik kenot find...

ICT wehh korang nak sekat blog ke?? Apa ke hal?? Korang tak nak tengok staf yang berintelek ke?? (statement?? heheheh)

Tadi pagi pun tak bleh gak.. tapi nasib baik le skang ni cam dah ala2 pulih.

Soo... aku banyak le cita2 basi yang lagi berlendir nak tepek kat sini... emm.. nak cita semua?? Or nak sort sket2?

Okeh.. memula aku cerita pasal kenduri kawin tu laaa... masa Jumaat malam Sabtu ada Kenduri Doa Selamat, maka aku telah menyumbang kuih bakar bijan untuk Cik Rose. Kuih itu sangat setttaaaapp. AbangSayang tak pergi coz Cik Rose jemput yassin pompuan. Maka aku pun pegi ngan Kristal n Mak Buyung sebelah rumah. Aku rasa sepanjang2 surah Yasin tu, aku baca takde pun 10 ayat. Mana ke tidaknya.. sekejap2 Danial!! sekejap2 Kristal!! waaa sangat mencabar ok.. lagi plak dorang baca yassin ni sangatttttlllaaaaaa lambat. Aku rasa aku bleh ulang 10 kali baru dorang habis. Nak kata berlagu tu idak. Aku baca dah abis slow pun dorang masih tertinggal lagi.. sesak nafas aku nak control slow. Habis satu ayat aku kene tunggu dorang habiskan satu ayat lagi.. Sambung lagi cam tu gak. Bukanlah aku baca laju.. tapi pada2lah kalau nak lambat pun.. patutlah korang baca yassin start lepas isyak jejak sampai kul 10. Hu nampak gayanya memang aku takleh join le group yassin ni. Hilang sabar aku.. kang tak pasal aku dok bersila kat tengah2 baca kuat2 biar dorang plak follow aku.

Menu malam itu adalah mee hun, nasi putih, ikan goreng, pisang masak lemak n sambal belacan. Aku dok jenguk2 mana plak peginya kuih bakar bijan donation aku tu. Eiikk napa tak dihidangkan?? Dorang lupa ke?? Habis makan aku pun tolong ngemas2 balai. Ngangkut pinggan mangkuk.. Kang cakap datang nak makan je plak.. (aku baca yassin skali tauu)

Besoknya plak bila hari betul2 kejadian aku takde pun rewang2 bagai. AbangSayang pagi2 dah keluar pergi menziarah kematian bapak kawan dia. Aku plak, lepas buat sarapan, bagi budak2 n bapak budak makan, cantik2kan zara dan bagi tido terus gunting kain nak buat baju kurung pahang. Ada aku kesah kehirukan kat luar tu... takdenye.

Bukan aku malas. Tapi kalau aku keluar aku rasa aku cam kat Aceh/Jakarta. Cik Rose ni laki bini asal sana tapi dah bertahun2 dok Malaysia. Aku rasa dia pun dah dapat passport sini kot. Dia punye sedara mara sepupu sepapat sumer pakat terbang sini ramai2. Tu yang aku takut nak keluar. Takut TAK PAHAM... hehehhe sapa yang malu??? Ye.. mereka dan keluarga mereka..

Haaa yang jadi DJ pada hari itu adalah DJ Fiza dari Best 104. Hem orangnya kecik molek saja.. tapi suara dia memang power. Memikat, manja.

Aku datang memang as jemputan je kat rumah Cik Rose. Lepas makan dok sembang bawah kemah sambil menyambil tunggu pengantin berarak. Habis kenduri tu AbangSayang plak lah tolong ngemas2, bukak2 meja. Danial jangan cerita laaa memang lenjun basah basuh pinggan. Entah bersih tah tidak.. terima ajelah.. Kira Danial jadi wakil aku laaaa...

Abis gitu gini dalam kul 7.10... mandi bagai siap2 kul 8 pi umah Mak Long plak. Aku tak dun nak buat kuih.. aku buat kuih kat Pasaraya Bistari saje. Beli kek pisang.

Sampai2 tengok twin aku dah sampai tengah potong kuih... Waa sambil nyelam minum air kooo yek... satu masuk mangkuk.. satu masuk mulut.. yee begitulah selanjutnya. Mak Long buat asam pedas ayam, sayur campur, babat masak cili api n ikan goreng. babat itu sangat setttaapp!

Aku balik dari rumah Mak Long jam 11.10 malam, tu pun lepas Zara melalak dah kepenatan. Kalau idak mau le aku nolong2 lagik...

Balik ke rumah aku pun turut kepengsanan..

2 ulasan:

Ad berkata...

sungguh misteri kehilangan kuih bakar settapp ittew!!!

LayarLara berkata...

Ad,
Kanda teringin nak bagi dinda rasa kesedapan kuih bakar itu..