18 Mac, 2009

Kristal Admitted


Jumaat 13 Mac aku dah habis ikhtiar, klinik dah 3 kali, tiada tanda Zara n Kristal akan pulih.
Last skali aku try homeopati. Petang tu aku dapat ubatnya.


Balik aku terus bagi Zara n Kristal 3 biji satu jam sekali. Start jam 6 petang . Zara Alhamdulillah sumer yang aku sumbat mulut dia, dia ngaga aje. Kristal nauzubillah, susah betul. Ubat yang hanya sebesar biji sawi pun dia tak nak masuk kat mulut. Hangin sungguh aku.


Aku suap Kristal semangkuk nasi berlaukkan sup ayam. Tak lama lepas tu dia muntah semangkuk gak. Air dia minum pun muntah gak.


7 malam aku bagi lagi ubat tu, 8 malam pun lagi, 9 malam pun lagi sekali. Kristal dah langsung tak nak nganga.


Kristal dah melepak. AbangSayang balik dari repair rumah sewa. Aku ajak dia pi Poliklinik Akrab.


Pi klinik dalam jam 10 malam. Aku ceritakan masalah budak berdua ni. Doc cakap, Zara as long as dia bleh makan n minum n still aktif tak perlu risau. Doc cakap Kristal nampak teruk. Simptom dehydrated dah mula kelihatan.


Aku balik amek baju Kristal, baju aku n baju Zara. Hantar Zara rumah Mak Long.
Terus menuju ke E.R kat GH.


Doc amek sample darah. Ada kuman. Confirm Roto Virus. Kristal Admitted.


Jam 2.30 pagi masuk wad. Badan Kristal kecik + Dehydrated menyebabkan kerja2 memasang drip amat payah. 6 liang dia kene cucuk. Urat dia pun dah kecut. At last pasang kat lengan.
Kat spital dok just bagi drip yang aku tahu kandungannya Cuma glucose n air garam. Pastu just bagi ubat demam. Dok paksa makan n minum. Dok cakap kalau tak makan tak minum tiada aktiviti perkumuhan n virus susah nak keluar n buah pinggang bleh rosak.


Susah nak suruh dia makan n minum. Kristal fobia. Asal nurse lalu aje aku sumbat air, asal nurse lalu je aku sumbat air. Siap gertak nak cucuk lagi banyak2.


Nurse tanya ada makan ada minum? Ada kencing ada berak? Aku main cakap adaaaaa aje. Sambil tu aku memang paksa dia ngan sebenar2nya.


At last selera dia pun datang ngan slow2…


Hari Ahad petang doc bagi Kristal keluar, tapi mesti banyakkan minum. So pasal nak jaga orang sakit aku cuti dua hari senin n selasa.


Zara?? Alhamdulillah lepas makan ubat homeophati tu.. Zara terus ok. Dedua dah kuat makan skang ni.. hati aku dah lega.


Aku dah buat bubur putih merah.


Thanks for those yang mengambil berat, bertanya khabar, menghantar sms.


Aku bz… nak cepat ni.. kerja banyak.. tu pasal content ni bunyi mendatar saja..

7 ulasan:

Elyn berkata...

alhamdullillah dh sembuh dedua....

AD berkata...

aminn...semakin pulih semuanya

bubur putih merah tu apa?nak resepi bebiler free

LayarLara berkata...

Elyn,
Bersyukur sesangatnya...

LayarLara berkata...

Ad,
Bubur putih merah ni orang buat bila dia ada niat sesuatu aje..

Alar nasi putih tuuu dimasak hingga menjadi bubur... bila dah kembang masukkan santan. Asingkan dua bekas, satu bekas letak garam biar masin2 sket, satu bekas lagi masukkan air gula merah. Jangan lupa boh daun pandan masa masak.

Hidangan:-
Letak yang bubur merah tu letak dalam mangkung kecik (agak2 sorang makan), amek yang bubur putih letak kat tengah2. Di makan bersekali, sudu yang merah n yang putih sket masuk terus lam mulut. tamat.

CoNniE berkata...

syukur lah kann.. ehmmm..

LayarLara berkata...

Connie,
Ye begitulah...

lom ada masa lagi nak jelajah rumah rakan2.. sabar ye..

atty's berkata...

kristal dah elok ke lom..semoga kristal cepat sembuh amin