04 Mac, 2009

Ziarah: Drama Sebabak

Tajuk : Drama Sebabak

Lokasi : Eco Living

Masa : 9.15 malam

Tarikh : 2 Mac 2009

Situasi : Seorang ibu sedang hendak menukar baju tidur baby sambil memberi arahan kepada anak sulong supaya pi tido. Di belakangnya ada si kakak yang membontot.

Camera ready!! Lighting!! Sail on the set! Take one and action!!

Danial baru habis ngaji, aku arahkan dia suruh gosok gigi and pi tido "Switch on lampu tido tu bang"..

Aku bukak baju Zara yang dah berlemoi sebab makan biscuit n lap2 mulut dia, tangannya, lampin tak yah tukar baru ganti tak sampai sejam. Kristal cam biasa jadi escort.

Skali tu...

Pengunjung : Assalamualaikum... 2x"

Aku : Walaikumsalam. (Sapa plak ni datang rumah orang malam2 buta, tak tau ke aku tengah bz ni..)

Pengunjung : Ini rumah Aiman ke yang kelas 1 Satria. (Ada 2 wanita dewasa n 2 kanak2)

Aku : Aiman?? Rumah Aiman yang kaler hijau tu. (Lantaklah ko perasan ke idak rumah kaler ijau sebab suasana gelap je..)

Pengunjung : Anak puan ada 1 Satria ke?

Aku : Ye anak saya 1 Satria tapi bukan Aiman. Anak saya Ikmal Danial

Pengunjung : Ya..ya Ikmal Danial. Saya guru sekolah dia.

Apaaaa??? Guru Sekolah???

Aisehhhhh guru sekolah ke??? Hemmmmmm kena pelawa masuk ni....

Aku : Ada apa ye cikgu??

Cikgu : Saya saja je datang si Danial berkali2 suruh saya datang, dia kata mak ada rumah waktu malam.

(Danial!!!!!!!! Ko nampak tak kening mak ko dah meruncing ni?? Gigi mak ko dah keluar taring ni???)

Aku : Oh ye ke?? Apa2 sajalah si Danial ni. Danial baru saja masuk tido, nanti saya kejutkan dia.

Lepas cikgu berdua tu duduk, aku pun kejut Danial n terus ke dapur buat air. Aku ni wong Jowo kalau tetamu datang memang dah jadi tabiat mesti nak hidangkan air. Dah malam2 ni nak hidang nasik?? Sorrylah nasik dah habis magrib tadi. Nasib ko lah cikgu kalo lapar.. ni aku hidang biskut tiger je..

Sambil hidang air tu aku berborak ngan cikgu tu, terkezut aku ingatkan Danial ni ada buat hal ke kat skolah sampai cikgu datang ke rumah. Dah le masa tu AbangSayang takde keluar pi meeting. Zahra tak berbaju, ngan lampin saja aku letak dalam kerusi roda dia.

Borak-borak-borak-borak, cikgunya ramah tanya itu ini, aku n suami asal mana, kerja ke tidak, kerja kat mana. Aku sangat berbesar hati seorang guru sanggup tidak menghampakan pelawaan tak rasmi anak muridnya. Begitu menyayangi murid2.. tersanjung budimu guru.

SKALI TUUUU...

Tetiba cikgu lagi sorang keluarkan 2 buah kotak 4 segi sama. Dia menerangkan dia dealer ZHULIAN n menjual produk untuk menjana minda yang superb! pada anak2. Seawal umur 1 tahun dah bleh makan. Produknya berasaskan soya.

Secara tiba-tiba juga perasaan RESPECT aku tadi pada cikgu2 berdua ni dah bertukar menjadi SUSPECT.. Memenuhi undangan Danial atau nak promosi barang???

Dia punye menerangkan bla..bla..bla... testimoni.. bla.. bla...

Hellooooo itu testimoni saja tau... tapi adakah cikgu mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan yang bebenar mengesahkan produk ko itu benar2 memberikan keajaiban pada minda kanak2??

Aku memang tak ske betul orang2 yang buat jualan lansung ni. Aku pun pernah menyertai ZHULIAN ni satu masa dulu, dan aku pernah gak jadi dealer beberapa produk lain dan aku tak suka sebab setiap apa yang keluar dari mulut adalah sesuatu yang telah dirakam di dalam kepala dan dilatih supaya apa yang dituturkan itu mampu meraih simpati dan mengaut keuntungan. FREAK ok..

Tapi takkan le aku nak bersikap kurang sopan plak depan cikgu2 berdua tu kan... kang tak pasal2 Danial yang kene tempiasnya. Barang2 tu berharga RM61 sekotak ada untuk dewasa n kanak2. Dalamnya ada 30 sachet. Dicadangkan untuk minum sehari 2 kali. Pagi n waktu nak tido.

Habis dorang bercakap.. yeee tiba plak turn aku bercakap. Aku terangkan dengan penuh beralas bahawa Danial n Kristal ni memang alah sket pada minuman soya. Bleh mengakibatkan lendir n menjadi batuk berkahak seterusnya serangan asma.

Senget2 muka cikgu tu. Siap terangkan lagi orang2 kafirun memang suka memberi suppliment pada anak2, tu pasal anak2 dorang cerdas otaknya. Siap cakap lagi, takkan anak2 melayu nak ketinggalan. (Read : Kalau Puan beli, PV saya naik tau!!)

Pahtu dia tanya aku, suppliment apa yang aku beri pada anak2. Aku cakap le Appeton Lysine, Scott Emulsion, Bilbery plus and Igg Max. Panjang oooooohhh cikgu tu. Pastu cikgu tu suruh aku tukar yang Scot tu ngan Vitamin C produk dia.

Aku cakap skang ni AbangSayang takde, aku tak berani nak buat keputusan (bleh caya???). Nanti aku bincang ngan suami dulu... hheheheheh. Alasan yang paling jelas dan kukuh untuk dua orang cikgu yang bertudung labuh.

Habis dah menerangkan segalanya tetiba cikgu tanya "Eh tak sejuk ke baby ni tak berbaju".. Ceaaa konon nak pertikaikan aku nak mak jenis apa sejuk2 ni biarkan anak aku tak berbaju...

Maka aku pun jawab... Haah tadi saya sedang mengelap2 dia, tetiba dengar orang bagi salam, tu yang terbengkalai. Heheheh adakah ko rasa bahangnya cikgu?? Jahat aku..

Selepas tak berjaya nak meracuni pemikiran aku, maka dua orang cikgu n dua orang budak tu pun meninggalkan kediaman aku sambil berkata .. "Tula... ni nak memenuhi permintaan Danial suruh datang, kang kalau tak ikut kang jauh hati plak si Danial" Aku sengih saja...

Sesuaikah alasan itu menyebabkan cikgu2 kemari??

Cut!!!

Tamat : Jam 10.30 malam

9 ulasan:

atty's berkata...

sanggup dtg ado makna..kalo tak..mana maunya..

hangen je kalo aku gak..dulu zaman2 kty takyah supplement2 ni bagai..pandai je aku..wahhahaha..

LayarLara berkata...

Attys,
nyampah plak bila pk dia cakap "tak nak hampakan danial".. sabar ajek..

CIK IENN berkata...

nampak sangat cikgu2 tu nak kever lepas tak dapat kumpul PV msg2.

Ad berkata...

supplement??

mak AD bg supplement guna SUARA dia yg penuh zat mineral racun toksid gelombang alpha beta proton dan segala jenis bitamin a to Z..dan mineral2 tu akan bertingkat kali ganda byknya kalau ditinggikan skit frekuensinya dan menggetarkan gegedang telinga..

tu yg AD terlebih zat dlm badan

LayarLara berkata...

Cik Ein,
Begitulah seadanya setelah masing-masing mengkeritkan wajahnya...

LayarLara berkata...

Ad,
Ayoyoyoyo itu oryginal punye supplement.

Tak ada dijual di mana-mana tu.

(Kanda cakap ngan bonda ye!)

naturalspirit03 berkata...

hermm... eheheh.. kalau dia datang umah ceq.... cek buaka pintu... bagi minum.. ( wong jawo gak neh)..pehtu dengaq bebelan mereka.. pehtu last sekali ceq akan kata.. "HA? AAPAAA!!!! TAK DENGARLAAA... ULANG BALIK BOLEH!!!.. ahahhahahha... mesti dan din dun dia terus blah...ahahhaha...

LayarLara berkata...

Naturalspirit03,
Next time nescaya dengan marhumnya aku ikut apa nasihat ko... kedalamlah jawabnyaaa

Elyn berkata...

kak, org zhulian ni mmg rajin tau!! x sanggup den nk layan!!!

(hiks saya bkn kutuk MIL saya yg mmg org kuat zhulian tet!!!!)