26 Mei, 2009

25/5/08 Jam 11.15 pagi



25 Mei 2008 (tak payah nak perli aku silap tarikh ke hapa...) jam 11.15 pagi.

Dah 3 hari aku admitted untuk diinduce. Dok try bagi ubat untuk membuka jalan. Ok last cek pagi tadi baru buka 3 cm. Aku dah sakit 15 minit sekali.. tapi tak de gak tanda nak beranak.

Duduk rehat atas kerusi. Aku dah siap mandi dari jam 9 pagi lagi. Dan siap2 sapu bedak nak pegi labour room. Hem.. hampir jam 11.30. Dok Suresh tadi pagi cakap nak hantar aku pegi bilik bersalin. Nak paksa aku beranak arini... tapi takde pun nurse datang suruh pi labour room.

Dorang lupakan aku ke?? Ambil hphone hantar sms pada mak, ayah n AbangSayang. Memasing sumer ingat aku dah masuk labour room. Tak aku bagi tau aku masih bersenang2 lagi dalam wad.

Hem.. jam menunjukkan 12 t/hari. Lunch sudah terhidang. Eiikkk tadi beriya nak hantar aku pi labour room pagi tadi. Ni dah lunch hour. Aku masih lagi disini. Baik aku makan. Nurse datang. Suruh aku segera makan. Katanya sat lagi nak hantar aku pi labour room.

Aku makan with great enthuthiasm.... sebab lepas ni gerenti makan bubur... hehheheh...

Hampeh... sampai time melawat... aku masih lagi kat wad....

Penyudahnya hari ini aku tak jadi beranak..... Bagus! Bleh makan sedap lagi...

6 ulasan:

LiNda berkata...

jeng..jeng..jeng... saspen arrr..

Elyn berkata...

hihihi die lupe la tu kot!!

LayarLara berkata...

Linda,
Kita tunggukan part II yek...

LayarLara berkata...

Elyn,
Lupa dia membawa keuntungan dan kesengsaraan pada ku...

atty's berkata...

tunggu part 11

Shumierain berkata...

ooooo flash back ker????

sambungannya....