28 Mei, 2009

Part II

Smalam tak jadi bersalin... sebab ada percanggahan pendapat. Dr. Suresh nak suruh bersalin time tu gak. Tapi Dr. Kevin cakap biar sakit sendiri.


Aku nervous gak... tapi yang sebenarnya aku tak sabar nak cepat beranak... like emm.. cepat2 nak abiskan keje...


So.. pada 26 Mei pagi (sorry entry lepas ada kesilapan tarih) lepas bfast doc panggil. Doc cakap nak pecahkan air mentuban. Then aku cakap ngan doc tu, air mentuban aku banyak. So tak bleh pecahkan dekat wad, very the dangerous. Kene pecahkan bebetul di labour room.


Tak paham??? Okeh aku terangkan. Perkara yang ditakuti bakal berlaku bila air mentuban banyak ialah tali pusat akan keluar dulu sebelum baby. So bahaya pada baby. Doc kata balik bilik dulu.. nanti kalau nak pegi labour room dia interkom saja.


Aku pun masuk semula dalam bilik, membaca segala doa2 selusuh... AbangSayang aku dah maklumkan dia. Ada plak bleh dia kata "Semoga selamat..." Eikk aku tanya balik... Bang.. u tak nak teman i kat labour room ke?? Sangat sedih ok...


Tetiba dalam jam 11.00 pagi menjongol AbangSayang.. wahhh kesedihan sudah berlalu pergi. Lunch aku diberi lebih awal dari biasa. Doc suruh aku makan dulu sebelum ditolak ke labour room.


Bleh plak aku tengah sedap menghadapi nasi beriyani dorang interkom aku suruh bersiap sedia. Apa dia ingat aku nak tinggalkan hidangan lazat tu... Oh tidak.. aku habiskan dulu. Kang nyosal..

Lepas cuci tangan, basuh muka, pakai bedak n tocang rambut.. aku pun melenggang kangkong. eh lupa plak nak amek baju baby... patah balik amek baju baby. Sampai kat kaunter nampak dah ada wheel chair. Aku siap gelak2. Aku bleh jalan.. dorang cakap.. tak bleh.. ini prosuder... So aku pun just follow je... bertiga.. aku nurse n AbangSayang.


Sampai je labour room penyakit nervous aku dah datang. Seram sejuk segalanyalah. Terus sakit perut nak pi bilik air. Aku dah baring kat atas katil, turun balik masuk bilik air pegi menunaikan hajat. Selesai baring semula atas katil. Then nurse datang nak cek. Aku cakap STOP!!!! Aku sakit perut lagi nak pi bilik air.


Bila dah 3-4 kali aku masuk bilik air, nurse tu tanya aku.. "Takut ke?" Aku cakap haah.. saya kalau takut memang cam ni. Nurse tu cakap.. janganlah takut...


Masuk kali ke 5 ini tak bleh jadi. Aku kene lawan perasaan takut ni. Aku tak pi bilik air pun. Aku duduk je atas kerusi. AbangSayang geleng2 pala. Doc pakar pun sampai untuk handle aku. Dia cek2. Dia kata baby masih jauh lagi. Kalau pecahkan mentuban akan mengambil masa yang lama. So, doc pakar tu kata u balik bilik dulu, maybe kene tunggu lagi 3-4 hari. Kalau ikutkan due aku adalah pada 6/6. 10 hari lagi.


Then nurse keluar, AbangSayang plak masa doc cek dia kene tunggu kat luar, dia tunggu bebetul luaaaaar. Tengok jam kul 1.45. So aku pun turun dari katil, betul2 kan baju nak naik semula ke bilik. Then sakit perut lagi, masuk semula bilik air. Dah selesai aku berjalan ke kerusi. Dalam pada aku berjalan tu.. tetiba... air mentuban aku pecah.....


Tak de sesapa kat labour room tu. Sebab dedekat kul 2 ni time pertukaran shift. Aku pun dalam keadaan air mentuban yang meleleh tu berjalan pelan2 ke hall. Eiik takde sapa. Dah le tak berselipar.. licin. Then aku nampak di kejauhan ada sorang nurse. Aku jerit panggil dia. Nurse tu kelam kabut. Aku pun terus naik katil baring. Fail2 aku sumer dah diambil bila keputusan suruh balik bilik diberikan. Then aku dengar beberapa kaki berlari masuk bilik aku.


Okey, 1 pakar, and 2 doc biasa conduct aku. Sebab aku ni special kes. Doc cek, baru buka 4 cm, n kepala baby still jauh. Sebab air mentuban banyak dorang buat suction. Sakit bukan main ko... Sebab sorang doc tekan bahagian atas perut, sorang doc tekan bawah pusat tak bagi tali pusat keluar time dorang buat suction. Aku rasa cam nak innalillah je. Okey dorang dah kurangkan separuh. Time ada yang tak beres. Air mentuban dah bewarna cam air tebu. Maknanya baby dah berak dalam perut. Doc seloroh... baby u dah tua ni.. tapi tak nak keluar pulak. Doc bagi aku 10 jam maybe lebih atau kurang bergantung pada heartbeat baby. Tapi alhamdulillah heartbaby sangat ok.


Doc terus bagi pitocin (kalau tak silap laaa) untuk mewujudkan rasa sakit bersalin. Aku dah start sakit jam 2.00 petang dari 10 minit sekali kepada 2 minit sekali. Time dua minit sekali ni aku memang dah tak bleh handle. Setiap 2 minit air mata aku meleleh. Mulut aku memang tak berenti segala ayat n doa. Aku tengok muka AbangSayang pun dah merah. Bukan sebab dia nangis ke apa. Sebab dia menahan sakit aku menggenggam tangan dia kuat sangat.


Doc tak bagi aku bangun. Dia suruh baring saja. Aku rasa kalau aku bangun n berjalan lagi cepat jalan buka kot. Tapi pasal aku baring saja so takde perubahan. Kul 4 doc datang keadaan still sama 4 cm. Aku memang dah tak bleh cakap. Dok dah bagi ubat tahan sakit pun tak membantu.


Jam 8 malam pun masih cam tu gak. Aku rasa aku dah lepek.. lapo... sakit.. letih. AbangSayang pun cam tu gak kot. Dia tak tinggalkan aku sesaat pun. Memujuk2 yang didalam supaya keluar.


Jam 10 malam doc datang lagi. Doc cakap aku bleh tunggu lagi tak... aku cakap aku surrender. Kalau suruh push time tu pun aku memang dah takde kederat.


Doc cakap, okeh prepare to potong. Aku dah bersedia ok... tetiba je dorang cakap hold dulu sebab ada emergency case. Waaaaaaaa aku seminit pun tak leh tahan lagi tauuuuuu.... Aku nangis lagi... AbangSayang tukang pujuk.


At last jam 11 malam aku ditolak masuk O.T. Lepas doc bius. And sebelum doc meletakkan mata pisaunya, aku siap bleh cakap. Doc! Saya masih boleh gerakkan ibu jari kaki. Then doc cakap.. cuba angkat... hehehheh tara blehhh!! Takut wooo..


Kelentang kelentung 27/5/09 jam 12.04 midnite kuarlah budak domoookkkk... yang memula aku cakap.. ehhh ni bukan anak saya... haritu doc cakap anak saya maybe 2.8 je... ini domok sangat.. (3.68kg). Pehtu nurse tu tanya aku balik. Awak ada nampak sesapa lain dalam OT ni yang bersalin??


Gitu gini aku sampai bilik dalam jam 3 pagi. Ohhh bestnyaaaaa dapat berehat. Baby domok itu dijaga oleh nurse.


Hepi besday sayang!!

9 ulasan:

Elyn berkata...

heheheh lawak la ko kak nk beranak....... owh domok tul budak yg kuar tu!!! ptt la omak die kene bedah .....

LayarLara berkata...

Elyn,
hehehe lepas ni harap2 tak domok sangat laaaa

LiNda berkata...

uit..aku rasakan, kalu owng yg dok kat wad bersalin nunggu nak beranak skrg nie baca citer ko, sure dorang dah histeria gilerr and meraung2 ketika ini.

hua hua hua

LayarLara berkata...

Linda,
hehehehh ko takde rancangan nak menambah ke?? hehheheh

LiNda berkata...

rancangan ada, tapi selalu tak menjadi . abis camno...

LayarLara berkata...

Linda,
Go linda!.. go linda! Go Linda!!

cik ienn berkata...

sangat comel !!!

atty's berkata...

happy besday zahra..comey.

PerantauSepi1306 berkata...

happy besday dear!!! Wahh cumelnye dak tu ye.... sis leh pass me your address tak.. email la kat ai ye ;D