16 Jun, 2010

Tragedi Mavi Marmara

Baru balik dari program Diskusi Bersama Wira-Wira Negara yang ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Hasanuddin Mohd. Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif Berhad), Dr. Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (Haluan Palestin), Dr. Arba'ai Sawal (Haluan Palestin).

Tak payahah cita apa yang dah berlaku.. korang sumer dah baca kat paper kan..

Emm.. antara yang aku rasa nak kongsi ialah korang boleh buat potongan gaji sebanyak 15 dolar setiap bulan bagi menampung perbelanjaan untuk anak2 palestin. Okey kalau korang daftar kat http://aqsasyarif.com/ sebagai penyumbang, nanti korang terus adopt seorang anak angkat palestin yang tak boleh dibawak keluar apatah lagi untuk dibawak balik. Gambar dan profil budak tu pun korang akan terus dapat. Potongan gaji itu akan dibuat setiap bulan selama mana korang mahu.

Okeh.. selain itu sapa2 yang nak menjadi sukarelawan (mesti memasing berebut nak naik mavi marmara lepas ni) korang akan dilatih dan di ajar. Sukarelawan ni tak semestinya korang nak kene pegi Gaza sana. Sekurang2nya korang memberi pendedahan secara berterusan kepada masyarakat Malaysia ni supaya sentiasa mengingati dan terus membantu masyarakat di bumi palestin dan seterusnya menghulurkan bantuan disamping merebut peluang untuk menjadikan Al-Aqsa sebagai milik mutlak umat Islam.

Teruskan boikot produk yang menyokong Yahudi..

2 ulasan:

shaliza berkata...

15 dolar @ RM?

LayarLara berkata...

Shaliza,

Lebih kurang RM30++ laaa