21 Oktober, 2010

Kerana Anggun...

Akak ni bukanlah dilahirkan dengan pakej yang menarik... bukanlah macam sesetengah orang tu.. ngan putih kuningnya... ngan ikal mayangnya.. pipi pauh dilayang, hidung mancung bak seludang, bibir delima merekah, betis bunting padi... aaaa lagi apa eh??

Dulu kala akak takde kesah nak membuat mende2 ni sumer. Ada aku kesah badan aku nak beso macamana sekali pun... Laki aku tak bising pun. Tapi tetiba akak mendapat kesedaran. Tetiba akak tersedar dari lamunan. Tetiba akak rasa aku perlu buat sesuatu... Kerana apa ye?? Ini semua kerana akak mahu kelihatan menarik tertarik kau memang dabommmm di mata en. suami.... kat mata korang... lantaklah kan... ada aku kesah?? hahahhaha... Biarlah en. suami ada rasa cemburu sket bila akak nak kuar rumah... bukankah cemburu itu maknanya sayang.... tapi takdelah nak biar dia cemburu sampai akak jadi berkerak tak bleh kuar rumah.

Akak ni manusia biasa yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah (budget ustazah). Tapi dek, dalam bersyukur tu.. akak tatappp nak kelihatan anggun.. w/pun tak bleh jadi cantek. Akak takde duit dek, nak buat bedah kosmetik, laser bagai, cucuk sana.. cucuk sini. Yang akak mampu hanyalah meminum minuman herba. Banyakkkk faedahnya dek....

Okeh.. meh akak kongsi antara minuman herba dan kebaikkannya sekali yang akak hadap dua kali sehari...

Yang pertama adalah...

Buah mahkota dewa

Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:

  • Alkaloid, bersifat detoksifikasi yang dapat menetralisir racun di dalam tubuh
  • Saponin, yang bermanfaat sebagai:
    • sumber anti bakteri dan anti virus
    • meningkatkan sistem kekebalan tubuh
    • meningkatkan vitalitas
    • mengurangi kadar gula dalam darah
    • mengurangi penggumpalan darah
  • Flavonoid
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
    • mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner
    • mengandung antiinflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
  • Polifenol

Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.

Untuk memperpanjang masa simpan buah mahkota dewa, dapat dilakukan pengawetan dengan beberapa cara antara lain pendinginan, pengalengan, dan pengeringan. Pengeringan yang dilakukan pada buah mahkota dewa bertujuan mengurangi kadar air dalam bahan, sehingga air yang tersisa tidak dapat digunakan sebagai media hidup mikroba perusak yang ada di dalam bahan tersebut, dengan kata lain dapat memperpanjang masa simpan buah mahkota dewa tersebut. Kondisi pengeringan yang tepat akan menentukn mutu hasil pengeringan yang tinggi.


Okeh.. yang kedua adalah green tea. Akak nak tepek gambo kat sini tapi takleh plak. Dulu akak pernah minum air kotak Green Tea Jasmin. Uwekkk rasa cam minyak rambut india. Tak lalu akak nak telan. Sejak itu akak terus tak hingin. Tapi kawan akak telah membangkitkan roh untuk minum green tea semula. Akak memulakan dengan meminum green tea cap Boh. Tapi lar ni akak minum green tea yang didatangkan khas dari china. Okeh.. serba sedikit pasal green tea ye...

Green Tea
Sejarah masyarakat Cina mengatakan bahawa Teh Hijau (Camellia Sinensis) mula digunakan sebagai minuman sejak 2700 tahun sebelum Masehi pada zaman dinasti Kaisar Shen Nung, namun tercatat dalam kamus kuno pula pada 350 tahun sebelum Masehi. Sekitar 200 tahun sebelum Masehi dalam buku ubatan tanaman Cina dikatakan daun teh berkhasiat untuk menghilangkan racun dari tubuh. Selain itu, Teh Hijau juga mempunyai kebaikan seperti di bawah ni.. :)

• Melindungi hati.
• Membantu awet muda.
• Menguatkan sistem imun.
• Mengawal paras kolestrol.
• Mengelakkan mulut berbau.
• Membantu cergaskan badan.
• Menggalakkan pembakaran lemak.
• Melindungi kulit dari sinar ultraviolet.
• Membantu daya ingatan dan tumpuan.
• Melindungi paru-paru akibat tembakau.
• Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
• Membantu dalam sesetengah penyakit barah.
• Membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
• Membantu proses pemulihan kecederaan dan penyakit.
• Mengandungi antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.

Psssttt!!!! If you are serious about losing weight, even though you should not expect the pounds to melt off as some will claim, we still definitely do recommend green tea as a complement to a sound nutrition and exercise regime, not only for the slight metabolism boost it will give you, but more importantly for the many other documented health benefits.


Okeh.. yang ketiga minuman yang akak minum adalah Apple Cider atau lebih dikenali Cuka Apel Sider. Akak pernah cakap ngan orang akak minum cuka apel.. terus orang tu tempelak akak. ENGKO GILA KE APA MINUM CUKA.. KO NAK PUTUSKAN USUS KO KE.. takpe dek. Akak tak marah pun.. sebab akak tau.. dia tak tau apa itu Cuka Apel.. yang dia tau cuma cuka dalam botol kat kedai tu. Meh akak kongsi kebaikannya.

CUKA EPAL SIDER : RAHSIA ALAM SEMULA JADI
Cuka apel telah diketahui sejak berabad dahulu sebagia minuman yang dapat memberikan ketenangan dan membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh badan kita. Sejak 400 tahun sebelum masihi, Hippocrates dikenali sebagai bapa ubat moden telah menggunakan cuka campuran madu sebagai satu ubat tenaga dan eliksir penyembuhan.

Baru-baru ini, faedah kesihatan cuka epal telah dinaik taraf oleh banyak pengarang-pengarang terkenal seperti Dr. Jarvis, Paul C Bragg and Patricia Bragg. Dr. Jarvis doktor dalam negeri Vermont, menyatakan cuka epal ialah satu ubat yang dibuat dirumah dan mendapat nama dikalangan masyarakat Vermonters.

Cuka epal sebenarnya mengandungi lebih dari 30 nutrien, 12 jenis galian dan lebih dari enam jenis vitamin, asid dan enzim. Penemuan saintifik ini membuktikan hasil tumbuhan semula jadi yang diproses banyak memberi kebaikan terutama kepada kesihatan manusia. Ia mengandungan banyak faedah, antaranya :-

- membantu mengawal tekanan darah,
- gout,
- meningkatkan metabolisme badan,
- membersih buang pinggang,
- mencegah osteoporosis,
- menghilangkan gangguan tekak,
- sembelit dan kemurungan,
- melambatkan penuaan,
- memecahkan kolestrol dalam saluran darah

Kandungan anti oksidanya yang tinggi merupakan agen utama yang memusnahkan radikal bebas punca utama faktor penuaan manusia.

Khasiat cuka epal kelihatan lebih ketara apabila diambil sebelum makan dua kali sehari. Pengambilan dalam janga masa tertentu juga membantu memberi tenaga, kecerdasan serta meredakan tekanan dan boleh membantu menguatkan sistem penghadaman yang secara tidak lansung membantu memberi berat badan idela kepada individu yang mengamalkannya.

Rasa cuka yang masam tidak mudah diterima setiap orang. Akan tetapi, cuka buah-buahan terutama cuka epal yang tulen dicampur dengan madu asli akan dapat menghasilkan minuman penjaga kesihatan dan pemeliharaan kecantikan yang sedap dinikmati.


Okeh... itulah antara minuman herba yang akak amal hari ini. Perggh pertama2 kali akak merasa blog akak ini merupakan blog yang menyampaikan perkongsian berbentuk ilmiah... (mati perasan).

Dan pengalaman akak setelah hampir setahun mengamalkan minuman2 ini adalah... dulu akak 84kg dek... skang ni akak 62kg. Dulu kala akak pakai baju XXL-XL. Kekadang free size pun akak takleh nak masuk. Skang ni akak memakai size M. Nak pergi ke size S tu mungkin sukarlah... tapi akak bersyukur sesangatnya...

Selain itu, hasil pemeriksaan kesihatan juga jauh lebih baik. Dulu akak sumernyer border.. Diabetes, kolestrol, gout, uric acid. Sumer border dan tinggi. Tapi sekarang ni tidak lagi... sumernya sudah berada di tahap yang selamat..

Last but not least dek... Mencegah lebih baik dari mengubati, amalan pemakanan yang betul akan mencerminkan wajah dan tubuh yang sihat.


4 ulasan:

Chenta berkata...

Alhamdullilah ...

go babeh go !!!

pasni kasi turun lagi ..jgn bawah paras beku sudah .. hahahaha

Zetty Zainal berkata...

hua kak is.cam no ni.nk carik air2 tu pon kat mner..

LayarLara berkata...

Linda,

Heheheh... susah nak turun lagi dah ni..

Zetty Zainal,
Mahkota Dewa bleh order ikut online, Green Tea brand Boh pun leh,
Apple Cider, kat guardian pun ada..

adiwarnatasya berkata...

Cam menarik jew Mahkota Dewa tu...
Nak cuba arr:)

*Green Tea & Apple Cider memang sedap Kanda..i like:)