Senyap!! Senyap!!!
Elzira menekupkan kedua2 belah tangan ketelinga. Duduk membatukan diri diatas katil.
Namun bayi yang masih merah itu masih lagi mengalunkan lagu lapar. Lagu mintak diberi perhatian. Lagu minta disayangi. Tangisan bayi yang berusia lima hari itu berterusan.
Kedengaran derap kaki memanjat tangga dan pintu bilik terbuka. Pantas sepasang tangan sasa mengangkat bayi itu lalu dikendong. Bayi itu senyap seketika, terasa hangat dan tenteram dalam dakapan. Namun menangis semula kerana bukan itu yang dimahukan sebenarnya.
"Zira, baby ni lapar. Zira susukan dia ye"Hijaz cuba meletakkan bayi yang mentah itu di pangkuan isterinya. Tapi isterinya masih bungkam.
Sikecil itu melagukan lagu lapar kembali.
"Zira, kesian baby ni Zira" Hijaz masih lagi memujuk Zira untuk menyusukan bayinya.
Zira mengangkat mukanya. Wajah Hijaz dipandang dengan rasa benci.
"Kau boleh senyap tak? Kau pun sama naik ngan budak ni. Kau keluar sekarang! Kau bawak budak ni sekali. Aku tak nak pandang budak ni. Keluar!!! Keluar!!!!!!!!!
Hijaz merangkul semula bayi yang cuba disuakan pada Zira. Hijaz berundur dan melangkah keluar dari bilik. Hijaz tau, kalau dia masih lagi cuba memujuk Zira, api kemarahan wanita itu akan lebih membuak-buak. Hijaz takut sikecil itu akan menerima padahnya.
"Syyhhh!!! Diam ye sayang. Lapar ye? Ayah buatkan susu ye" Hijaz membawa sikecil itu turun.
Sewaktu mahu ke dapur. Hijaz berselisih dengan Daud. Daud menggelengkan kepala.
"Sabarlah Hijaz. Ayah pun tak tau nak cakap macamana lagi. Harap-harap dalam dua tiga hari lagi berubahlah Zira hendaknya. Kasihan anak ini. Tak pernah setitik pun merasa susu ibunya" Daud cuba memujuk menantunya.
Hijaz hanya membalas dengan senyuman.
Sewaktu memberi sikecil itu susu, kedengaran seperti barang-barang di baling-baling dari tingkat atas. Hijaz menatap wajah yang tulus dan mulus dipangkuannya. Kasihan kau anak. Sepatutnya kau berada dalam dakapan ibumu menikmati setiap titik susu darinya.
Jika ditakdirkan kau tidak menerima secebis kasih dari ibumu, usahlah kau hampa, kerana kasih ayah begitu melimpah ruah untuk mu. Dicium pipi bayi yang sudah kembali terlena kekenyangan. Haruman semula jadi bayi itu meresap ke segenap jiwa Hijaz. Bersabarlah sayang.
Sementara di dalam bilik. Elzira telah melontarkan segalanya ke lantai. Tak sanggup rasanya untuk menghabiskan 39 hari lagi waktu berpantang. Baru lima hari sudah terasa bagai dalam neraka. Duduk terperap, penglihatan dibatasi dinding batu. Dicapainya telefon bimbit dan cuba menghubungi seseorang. Beberapa kali dicuba dan berkesudahan telefon itu pula menjadi mangsa lontarannya.
Badannya terasa seram sejuk. Seharusnya sekarang Elzira berpantang sepertimana lazimnya ibu-ibu berpantang. Tapi kedegilannya itu menidakkan perkara yang seharusnya dituruti. Kembali duduk dibirai katil. Bibirnya terasa bergetar. Badannya seakan-akan mengigil. Kakinya terasa sejuk. Elzira mengambil stoking dan cuba untuk menyarungkan kekakinya. Sukar, kerana terasa ngilu pada jahitan ketika melahirkan.
Sepasang tangan menghulurkan bantuan. Elzira terkesima. Sedang dia asyik melayan perasaan marah, tanpa disedar Hijaz telah berada di dalam bilik. Dipandangnya katil bayi, sudah berisi, dan tuan punya badan sedang enak beradu. Dibiarkan saja tangan Hijaz memasangkan stoking. Hijaz mencapai baju panas, dan menyarungkan ke badan Elzira. Elzira akur kerana ketika itu dia merasa sangat sejuk walaupun keadaan adalah sebaliknya.
"Baringlah, badan Zira masih lemah lagi. Elakkan pergerakan yang banyak. Bentan nanti susah" lembut dan lunak suara Hijaz berbisik.
Elzira akur. Dipandangnya Hijaz dengan ekor mata. Hijaz mengutip segala hasil lontaran tangan Elzira dan meletakkan semula ditempat asal.
Huh! Bentak hati Elzira. Bodoh. Buat apa kau bersusah payah disini? Kau tak tau betapa bencinya aku melihat kau. Inikan pula melihat tindak tanduk kau disini. Elzira memejamkan mata. Mengimbau kembali kejadian demi kejadian yang berlaku beberapa bulan sebelum ini. Air matanya mengalir, rindu pada seseorang. Amir.
(akan bersambung)
2 ulasan:
wowww...wat novel yek...huhu nak tgu yg continue... :)
miss eydza,
tungguuuuuuuu
Catat Ulasan