20 Oktober, 2010

non quality

Zara tengah gila CD Alif, Ba, Ta. Kemana2 dia hayaknya CD tu..


Jam 6.30 pagi. Zara tido, dan tetiba nangis.. Cam biasalah bapak dia mesti tanya SAPA KACAU????

Sekonyong2 zara jawab... EMMMAKKKK.

Maka aku yang kat dapur ni pun jawablah... APA PLAK MAKK... MAK KAT DAPUR TAUUU..

Korang tau tak Zara kat mana masa tu?? Zara kat master bedroom. Haruslah kat bilik yang depan sekali... dan aku... kat dapur kan?? dah tentu letaknya kat belakang sekali.

Tapi bleh dengar dialog dorang berdua.

Aku rasalahkan... rumah2 skang ni cam dah takde kualiti sangat kot. Mesti guna batu gred rendah. Nak kata rumah aku low cost.. tidak.. rumah aku 100++. Tapi still leh dengar sok sek.

Ish..ish..ish.. back to era 1980... masa dok rumah low cost dua bilik. Orang sebelah rotan anak pun sayup2 je dengarnya. Tau2 anak dia dah dok tepi longkang ngan bengkak bijik mata.

Tapi skang ni?? cuba aku rotan anak. Lat 2 buah rumah pun leh dengar dialog aku ok. Siap bleh tanya plak tu... napa ko rotan anak ko??? Eiiihhh?? korang pasang telinga eh?? atau volume aku terover... maklumlah... kesurupan.

Kekadang nak bercakap ngan anak beranak pun kene volume 1.... ini kan plak nak ber'ehem-ehem' kat dalam bilik ngan laki... tak pasal makcik sebelah jadi mangsa...... errr.. mangsa laki dia laaa. Kekadang time aku mandi... aku bleh dengar makcik sebelah or pakcik sebelah tu terjatuhkan berus or wateva kat bilik ayo...

Kekadang aku kat dapur, tengah cong ceng masak pun, leh dengar makcik sebelah berdiskusi ngan laki dia. Ohhh... dah tak de privacy ok. Kekadang aku jahat pasang telinga sambil basuh ikan.. alarrrr anggap jelah ko tengah dengar Sinar.fm

Lagi elok rumah flat aku tu... ko lekaplah telingat kat dinding cemana sekali pun.. bukan cam rumah aku ni.... orang sebelah terjatuhkan barang pun ko leh dengar... anak dia main guli pun ko leh rasa cam main kat belakang ko je.

Ish..ish..ish.. er.. ada yang berminat nak beli rumah aku tak??

Tiada ulasan: