15 November, 2010

Konsert & Kristal

Kristal buat training untuk konsert n graduation day... er.. anak aku dah start pakai gaun tau... syukur..

Jumaat malam sabtu (12/11/2010) bertempat kat SJKC Woon Hwa ada buat konsert sempena graduation tadika Kristal. AbangSayang hari tu pegi KL, tapi pasal pk anak ada graduation day, dari KL 3.40 petang berdesup balik, jam 7.15 dah sampai rumah. Laju tak laju laki aku bawak keta. Tak tau lah berapa saman dia kumpul. Huh... tu baru tadika punye graduation, lagi aku dah mengelenyior nak balik cepat... tu belum bebetul universiti konvo... mudah2an.. Tapi time tu laki aku dah tak berdesup dah... sesilap dah dok berehat kat rumah... apataknya... masa tu maybe laki aku dah jejak 60 tahun. Entah ye... abang keje lagi tak masa tu bang?? Mehlaaa dok umah ngan saya kendian hari kita bercucuk tanam...


Tak bleh tahan anak aku yang no. 3 ni. Punyelah berderet kusi disusun.. Tang tangga juga dia nak hadap. Asal kuar kakak dia kat pentas je... dia jerit... kakak!!! fuiiyoo.. gila fanatik Zara masa ni.


Masa ni aku lari gi tempat dia salin baju. Sempatlah amek gambo dia.. gambo dia pakai jubah konvo tu ada.. tapi gambarnya tak berapa cantik. Masa ni Danial hulur air mineral kat Kristal. Gila over kooooo kristal tak nak. Dia geleng je.. sambil tunjuk mulut dia ada liiiseeetikkk... Undang2 konon.. dah lawa pakai lisetik tak bleh makan n minum. Gasak ko lah nakk...


Tu diaaa dah muncul kat pentas... muka serius ya hammattt... tak de senyum pun... Ada aku amek gambo aktiviti yang lelain. Tapi aku malas plak nak tepek kat sini.. banyak sangat.


AbangSayang ngan handycam. Tak agak2... at last gambar kaki dia sendiri pun dia rakam.. Ish..ish..ish.. Tak bleh jadi cameraman laki aku ni. Habis bateri je..


Okeh.. dapat hadiah. Siang malam berkepit je ngan hadiah ni.. Yelaaa mende baru kan. Dapat kat Ibtisam hadiah ni.. habis kepala kristal kene ketuk


Napa kualiti gambor aku ni sumer nan ado?? Sebab aku aku amek gambo sambil mencimbit budak kecik ni... Tak bleh diam... nak je aku letak kat simen. Nasib aku pakai tudung pasang siap, kalau tak aku tak tau laaa muka aku ngan tudung aku dah serembih cemanagila. Moral adalah, kalau cimbit anak takleh melawa...


Okeh... konsert abis jam 9.30 malam. Gila over mak bapak. Sanggup tak makan semata2 nak pegi konsert anak.. Haaa lepas tu.. sumer menggelupur lapar... Tengok kristal tak bleh blah ngan hadiah dia. Kat restoran pun nak dibawaknya. Dah le lapar. Laki aku ni pegi restoran tu... restoran ni.. dah elok berenti... ehhh tukar lagi restoran. Dengan alasan... KELANTAN LAAA... dah masuk restoran ketiga... aku pun dah naik anginlaaa... "Nak tunggu orang johor punye restoran bukak... mati kebulur sumer dalam keta ni.. " Gilaaaa keji kan ada bini yang kuarkan statement cenggini. Perut lapar.. hati sakit ko.... Naik nyampah aku tengok.. nak je aku cakap, ko tunggu dalam keta bang. Kita orang nak makan, pastu abang makan kat rumah, goreng telur je ye...

3 ulasan:

attyfir berkata...

bukan main cantik lagik kakak..

LayarLara berkata...

atty's,

dah macam wayang pekji..

kyle berkata...

wa, congratz dpt hadiah :)