21 Disember, 2010

ABC lagikkk

Semalam cuti... tapi rasa cam kerja gak..  Mana tak, kuar rumah jam 7 pagi settle segala 5.40 petang.  Tu pun sekolah agama tak settle lagi.  Mau tercabut kaki aku ni.

Lepas terkejar sana terkejar sini, kami sumer layan ABC.  Ekceli anak2 aku ni.. nak dapat makan eskerim ke... air ais ke.. memang aku bagi sebulan sekali je.  Dorang ni sumer jenis tak tahan sejuk.  Mudah selsema.  Sebab tu aku pilih nak bermastutin kat Malaysia ni.  Kalau kat negara2 barat, gerenti aku anak beranak jenis bertunggu tangga kat sepital je kekdahnya... hahahahhahah ok, tak lawak.

 Sangat tak bleh tahan woooo anak gadis ni.  Sesapa yang ada niat nak buat menantu sesiang dah reject.   Bleh plak dia menyangkung sebelah orang mesin abc.  Tak sabar punye pasal nak makan ABC la tu... dia pun sebenarnya tak tau rupe bentuk ABC tu.. 


 Haaa abang dia pun sama naik gak ngan Kristal.  Sama jelah korang adik beradik.


 Emmmmm sedapnya... limpahan coklat dan kacang yang semula jadi... hahahhahahaha


 Harga cuma RM2.50.  Tapi pasal aku request Kacang n Coklat Xtra maka harganya jadi RM2.80.  Still berbaloi-baloi.


Orang ini tidak pernah makan cendol ye.  Tapi semalam dia pecah rekod makan cendol.  Apa rasa cendol tu bang?  Sedap kan?? sedap kan?? Abis napa mengambil masa yang lama baru nak makan cendol??


Korang tengok menu tu, Puyuh Masak Kicap 2 ekor, tomyam campur, telur dadar.  Air Teh 2, suam 2, Sumer sekali RM21.. berbaloi? Ni laa gara2 siang dah penat sangat, aku serender nak masak.  Jadiknya balik beli barang basah kat pasar malam, kami anak beranak makan kat sini je... Ibtisam sangat behave.. sebab dia ada food!  Cumanya dia tak suka dok dalam kerusi baby tu...




Tiada ulasan: