31 Disember, 2010

Akai ada kah??

Di satu Tetiap petang kalau tak ujang aktiviti aku adalah membawa anak2 bersiar.  Yang tiga orang ni laa.. si Kristal, Zahra n Ibtisam.  Danial of coz lah dah ke padang bola ngan bapak eh.

Adalah beberapa taman permainan kanak2 kat sini, bebas nak pilih yang mana, kalau jauh sket kenelah keta, kalau setakat dekat jalan kaki je.

Budak2 biasalah exited bila dah sampai kat taman.  Ada 4 buaian. Ada 2 kosong.  Satu tu mak budak duduk, satu lagi budak2 yang duduk.   Kristal pun naik satu buaian.  Tiba turn Zahra nak naik, ada one girl ni dari tadi dia diri je sebelah kawan dia, aku rasa budak tu dalam umur 9 tahun la.  Terus dia duduk kat buaian yang kosong.  Dari tadi ko tak nak duduk, sket je lagi zahra nak sampai, cecepat dia terus naik buaian.

Zahra berenti terpaku kat buaian yang diduduki oleh mak orang.  Buaian tu takde lah tinggi, kalau Zahra naik pun kaki dia bleh jejak.  Korang bayangan kalau dah tahap2 mak2 yang duduk, mau tersagat lutut ko.

Tapi yang aku pelik mak orang ni, dia buat cam tak geti je.  Malah bleh plak dia cakap... "Eh.. sian, nak naik buai eh?"  bebuat tanya plak.  Tau plak ko ye budak kecik nak naik buat.  Kalau dah tau apa lagi, sila bangunlah.  Si Zahra dah terkeseng2 depan mak orang tu.  Eh mak orang tu bebuat bodo jugak, malah sengih2 lagi.  Nak je aku tarik tudung dia...

Aku pujuk Zahra suruh main gelongsor.  Tak nak plak dia.  Mak orang tu sengih2 lagi. Kali ni dia cakap plak.. "Buaian ni pun dah melendut.." Ohhh tau pulak ko buaian ni dah melendut ye.  Abis yang naikknya dah overload kan, haruslah melendut.

Apa punye manusialah.  Agaknya zaman dia kekecik dulu tak puas main2 mendealah ni sumer gaknye.  Anak dia aku tengok bukannya sorang. Empat orang.   Dari yang besar, sampailah yang tua sket je dari Ibtisam.  Dia biarkan anak2 dia yang lain layan baby, sedangkan dia dok melayan perasaan atas buaian.  Apa punye emaklah cenggini.  Kalau dah jatuh anak ko tu dari gelongsor, dah terseret kat rumput baru lah ko nak terkedek bangun.  Nanti kang time tu nak marah2 plak anak yang lain.  Ishh... apa punye type manusia ni tak tau la.

Agaknya kat taman permainan skudai ni, dipenuhi ngan warga2 separa tua yang memang otak dia dah tak berapa boleh nak pakai gaknye.

Kristal beralah, bagi Zahra naik buaian.  Dia pun nak main gelongsor.  Pastu Kristal terpaku kat atas.  Nak turun tak bleh.  Sebab kat penghujungnya ada dua orang nyonya tua tak sedar diri nak ji'un dok melintang kat situ sambil borak2.  Aku ingat dia tak perasan Kristal nak turun, rupenye dia perasan.  Siap toleh kat Kristal, pastu toleh plak kat aku.  Agak2nya apa bermain kat kepala dorang eh?  Gasak chong cheng chong cheng.. Tak de sivik betul la..

At last aku tengok kaki Ibtisam pun dah dapat 3 bintat, meh la anak2 kita balik.  Biarlah orang tua2 je yang kongker taman ni..  Dorang pun tak lama lagi nak ji'un biarlah dorang ni main puas2.


2 ulasan:

Cetusan berkata...

Cian mak cik tu ye. Mak cik ni pun ngata dlm hati.

LayarLara berkata...

Zeq zeq... what to do...