Don't write your name on sand, waves will wash it away. Don't write your name in sky, wind may blow it away. Write your name in hearts of people you come in touch with.
01 Januari, 2011
Bye 2010...
Diari baru dah pun diterima. Selamat tinggal 2010... Selamat datang 2011
2010 menyaksikan berbagai2 peristiwa berlaku dalam hidup aku. Tapi aku rasa tahun 2010 ni lebih banyak perisitiwa duka yang berlaku berbanding peristiwa yang ceria. Tapi takdelah ke tahap kedukaan yang terlampau. Dan masalah aku yang paling kerap pada tahun ini ialah penjaga anak2. Dan masalah yang paling besar adalah entry yang bertajuk musibah. Tak boleh nak ulas banyak berkaitan dengannya sebab 4/1 ni baru nak bicara.
Bagaimana dengan azam lama? Alhamdulillah, azam aku nak lost weight dah pun tertunai. Azam baru? Well salah satu azam baru aku adalah untuk memperindahkan kediaman aku. Err boleh ke kira azam? Alarrr bolehlah....
Aku dah takkan beranak lagi dah. Maknanya dah takkan ada baby lagi lepas ni. So, blehlah aku start nak hias2 balik rumah aku ni. Kalau idak rumah aku ni ngan rumah chinese dah sama je. Kalau jenis masuk nampak kosong je. Takde berseni2 lansung. Dulu bebudak sumer kekecik, apa yang aku hiaskan jadi bahan mainan dorang, jadi bahan balingan dorang, jadi bahan pemecah dorang, sian mak korang tau. So tahun ini, aku akan cuba untuk memperhiaskan kembali kediaman aku ni ha. Biarlah bertambah selesa. Ada rasa aku nak tukar perabot, tapi tu kene bincang dululah ngan menteri kewangan aku ni... dia kan biasanya banyak objection. Wall nak cat dua kaler pun bertahun aku makan hati.
Apa lagi eh... haaa aku nak start tanam pokok2 balik. Dah le tahun 2010 ni aku banyak bersedekah pasu2 pada jiran aku. Dulu rumah aku banyakkkkkkkkkkk tanamahan hijau. Tapi dah dipunahkan oleh teman sebantal aku ni. Alasan dia adalah nyamuk. Nyamuk suka sorok kat pokok. Kalau sekali pandang rumah aku ni dah cam rumah apa je dari luar. Memang cam rumah kotai dah aku rasa. Rumah kotai tu pun indah lagi kalau di pandang. Nantilah aku pk2 nak tanam pokok apa. Rasa nak tanam pokok gantung2 pulak. Kalau tanam pokok gantung pun laki aku bebel.... meh aku susun pasu atas dahi dia pulak.
Chiau!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
tanam kaktus...xde nyamuk,,
tima kasih tanpa nama.
xde extra ker?
Catat Ulasan