Bahan2:-
1 ekor ikan patin (lebih kurang 1kg, dibersihkan dan direndam 20 minit terlebih dahulu dengan air asam jawa dan limau nipis/kasturi)
Minyak masak - Ikut banyak mana bahan kisar anda
Asam jawa - Satu sudu makan dibancuh dengan air setengah cawan
Daun kesum - 4 tangkai
Garam - Secukup rasa
Kicap manis - 1 sudu teh
(kalau takde daun kesum gun a daun kunyit pun boleh)
Bahan untuk kisar:-
Bawang besar - 1 biji ½
Bawang putih - 3 ulas
|
Halia - 1 cm
Cili kering - Ikut suka nak banyak mana (rebus dulu)
Lada hitam - Ikut suka nak banyak mana
1. Panaskan minyak terlebih dahulu
2. Tumiskan bahan blender dan masukkan daun kesum. Goreng sehingga bahan tumisan garing.
3. Letakkan setengah cawan air, dan biarkan lada sehingga garing sekali lagi, letakkan kicap manis.
4. Letakkan sedikit air, masukkan ikan yang telah dibersihkan.
5. Masukkan air asam dan tambahkan air sehingga serap2 dengan ikan. Masukkan garam
mengikut citarasa anda. Jangan banyak sangat air nanti cair. Kalau dah terbanyak tu, didihkan
lama sket.
6. Didihkan sehingga ikan itu masak.
*Jika anda memasak dan terasa masakan (especially yang bercili) anda pahit, maknanya sama ada garam/gula/asam terkurang. So bolehlah di adjust.
Untuk resepi yang lelainnya, sila klik2 disini ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan