Tepung kastar lebihan masa raya aritu ada sekampit lagik. Tengok tarikh luput adalah pada 2012. Isk..isk... Tetiba dalam peti ais ada baki jagung masa buat nasik jagung kelmarin. So... meh kita layan kastard ye.
Bahan2:-
2 cawan tepung kastard
6 cawan santan/susu cair
Daun pandan/perisa pandan
Gula ikut suka hati korang, kalau nak cepat potong kaki, boh letak gula bebanyak.
(* kalau korang letak jagung manis satu tin, tolakkan 1 cawan santan/susu cair)
Caranya:-
campurkan sumer bahan kecuali gula dalam periuk, dengan api yang sederhana. Kacau sampai tepung tu mencair bolehlah masukkan gula. Letaklah sket2 dulu. Sampai korang rasa cukup ke gulanya.
Kacau sampai adunan tadi pekat n likat. Kalau boleh sampai dia kilat cam jubin. Korang jangan sesekali tinggal tau adunan ni tak berjaya kat atas api, kang rentung plak.
Okeh, pastu bolehlah letak dalam bekas. Memandangkan moto aku dalam memasak adalah, gunakan apa saja yang ada didapur, maka inilah hasilnya. Kastard aku tak bersantan/bersusu. Aku guna air putih je. Sebab tu kaler dia cenggini. Kalau bubuh santan/susu lagi cantik laaaaa, rasa dia pun lemak sket. Tapi dasar tekak buaya kan, tak bersantan pun habiiiiiiiiiiiiiiiiiis.
Okeh untuk resepi yang lelain sila klik disini ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan