18 Disember, 2010

Kerna Kau Ada Part VI


“Assalamualaikum” tak perlu mendengar salamnya bersahut Elzira terus melangkahkan kaki masuk ke rumah.

“Eiiik, tak ada orang ke?  Senyap je, tapi pintu terbuka” kata Elzira sendirian.  Kakinya melangkah terus menuju ke dapur.  Pintu dapur juga terbuka, dijengahnya keluar, tak jugak kelihatan kelibat Mak Uteh.

“Hemm, tak ada jugak.  Mana pergi semua orang ni” Elzira kehairanan.  Elzira melangkah keluar dan duduk diatas pangkin.  Bekas makanan berisi karipap daging diletakkan di tepi tangga.  Kakinya sengaja dibuai-buaikan sambil lehernya panjang memandang ke kiri dan kekanan memerhati jika ada kelibat Mak Uteh kelihatan.  Lain yang ditunggu lain pula yang pulang.  Tapi senyuman Elzira meleret melihat Hijaz yang baru pulang dari berkebun.

“Eh, Zira ada dekat sini” sapa Hijaz.  Tangannya mencapai gayung dan mencedok air dari dalam tempayan di kaki tangga.  Digosok-gosok saki baki tanah yang melekat di tumitnya.   Topi mengkuang dibuka dan dikibas-kibas bagi menghilangkan rasa panas.  Hijaz melabuhkan punggung diatas tangga.  Tiba-tiba tangannya terlanggar bekas yang berisi karipap.

“Wah! Ada karipap!  Hangat lagi.  Sapa yang bagi ni?  Zira ye?” Teka Hijaz.

“Eh, mana ada.  Tadi Zira tengok tiba-tiba je bekas makanan tu melayang-layang dari udara, landing betul-betul kat atas tangga ni.  Dah macam UFO dah” Seloroh Elzira.

“Hahahahahah.  Mesti sedap karipap UFO ni kan.  Abang nak rasa satulah.  Manalah tau nanti abang tiba-tiba je boleh terbang” tangan Hijaz membuka bekas makanan dan mengambil sebiji karipap lalu dikunyah sedikit demi sedikit.

“Ish! Tak senonohlah abang ni, tak mandi lagi dah nak makan. Busuklah bau-bau peluh ni” sengaja Elzira menutup-nutup hidungnya.

“Eleh… busuk konon.  Okeh abang busuk ye.  Tak apa, kalau mintak tolong orang busuk ni ajar matematik, orang busuk ni tak nak ye” Hijaz pura-pura merajuk.

Segera Elizira berpaling bila terdengar bunyi selipar.

“Dah lama ke Elzira sampai?  Mak Uteh pergi rumah Kak Limah depan tu tadi.  Tangan anak dia tersepit pintu” terang Mak Uteh.

“Taklah, baru je Zira sampai.  Patulah, Zira jenguk sampai ke dapur Mak Uteh tak ada.  Ni ha mak pulang bekas, mak bagi karipap” Zira bangun dan mencapai bekas karipap daging dan dihulurkan pada Mak Uteh.

Belum sempat Mak Uteh sambut, Hijaz terlebih dulu menyambut bekas berisi karipap.

“Eh, kenapa tiba-tiba mengaku karipap ni Zira yang bawa?  Bukan ke UFO yang bawa tadi?  Kan?” sengaja Hijaz mengusik Elzira, sambil tangannya membuka dan mencapai sekeping lagi karipap.

“Ngada-ngadalah abang ni” jeling Elzira.

“Dah, jangan kamu layan abang Hijaz kamu tu.  Buang masa.  Mari ikut Mak Uteh masuk kedalam.  Kamu Hijaz, jangan pandai nak mengusik saja, pergi mandi hari dah petang ni.”  Menggeleng kepala Mak Uteh melihat tetalah Hijaz dan Elzira.

Elzira mengikut Mak Uteh dari belakang.  Sempat pula Elzira berpaling kebelakang dan mengadiahkan jeliran lidah buat Hijaz.

Hijaz bingkas bangun seolah-olah mahu menghambat Elzira.

“Mak Uteh!” cepat-cepat Elzira mengejar Mak Utih.

“Haaa tau takut ye.” Ejek Hijaz.

Hijaz gemar mengusik Elzira.  Hijaz menyenangi gadis itu walaupun dia sedikit kasar dalam perbuatan dan perbualan.  Namun Hijaz tahu, hati gadis itu tidak sekasar perwatakannya.






Bersambung...
Untuk membaca cerita sebelumnya sila klik disini

Tiada ulasan: