21 Disember, 2010

Mata Malas

 Hari Isnin adalah ramai orang... so korang kalau nak pegi Oftalmologi, pegilah hari Rabu n Jumaat


 Nila 2 dari 3 ubat yang dititik kat mata Kristal every 15 minit sampai anak mata dia bebetul kembang.  Disebabkan aku jenis tak sabar, aku mintak sendiri ubat tu dari nurse.  So aku bleh letak ubat secara tetap.  Kalau nak tunggu  nurse tu datang sesekejap letak, maunya dari every 15 minit jadi every 30 minit.



Sedari Kristal umur 3 bulan sampailah menjejak umur dia 6 tahun ni, kami sentiasa berulang appointment kat Jabatan Oftalmologi, HSA.

Kristal dilahirkan premature, so problem dia adalah "mata yang malas" sebelah kanan.  Nama glamer penyakit dia adalah lazy eyes.  Pegilah google sana.

Alhamdulillah semalam ada menunjukkan peningkatan sedikit.  Walau pun tak banyak, tapi aku bersyukur.

Kalau masa bulan 4 dulu, bila test, mata dia bleh detect huruf2 pada line 1, tapi skang ni mata dah bleh detect pada huruf di line 2.  Kristal bukanlah tak bleh melihat.  Tapi ini adalah pandangan mata dia untuk melihat sesuatu yang berbentuk 3D.  Skang ni kebolehan dia untuk melihat sesuatu yang 3D adalah lemah.  Dan perlu banyakkan latihan.  Mata orang normal bleh melihat pelbagai dimensi, tapi kristal kekurangan dari segi 3D.

So, next appointment adalah bulan 8, 2011.  Kena perbanyakkan lagi.  Biasanya menutup mata dia sebelah kiri, dan lebihkan tumpuan pada mata kanan.

Paham2 ajelah bila appointment di hospital kerajaan.  Berejam2.  Bayangkan kami sampai jam 8.00 pagi, kami sumer2 balik jam 3.15 petang.  Tapi takleh nak salahkan dorang gak.  Kalau aku datang awal pun tak guna, sebab mata Kristal nak diletak ubat dulu, untuk membesarkan anak mata dia, baru bleh test matanya.
Biasanya proses  amek no. untuk dapatkan kad rawatan --> tunggu untuk test mata yang pertama ---> letak ubat mata sampai anak mata kembang (biasanya dalam 1 - 2 jam) --> test mata yang kedua --> jumpa pakar dan baru boleh balik.  Before ni aku selalu deal ngan doktor Noraini.  Wohooooo sangat garang.  Tapi semalam jumpa Dr. Tan... sangat friendly...... macam tu lah jadi doktor kan.. baru patient hati manyak senanggg... tunggu lama pun tarak apaaaa.

Dalam berejam2 menunggu tu, sempatlah kami cilok pegi PPD sekejap.  Urusan pertukaran sekolah anak2.


Tiada ulasan: