12 Januari, 2011

Gusar

Semalam masa dok sembang2 dengan Kristal di petang hari dia ada meluahkan sesuatu.

Kristal : Mak, Kakak takutlah nak pegi bilik air kat sekolah.  Kakak rasa macam seram.

Aku : Kakak pergilah dengan kawan, ajak kawan temankan.

Kristal : Kawan tak nak.

Aku : Kalau macam tu, nanti bila waktu rehat, lepas makan kakak pergi bilik air siap2.  Nanti mak cakap ngan abang Danial tunggu kakak kat luar bilik air.

Kristal : (diam je..)

Aku : Ok, sebelum kakak masuk bilik air, kakak bacalah doa yang mak ajar tu.  Nanti rasa takut kakak hilang.

Kristal : (diam jugak)

Hem... aku dah mula rasa cuak.  Aku takut tak lama lagi dengan kelebihan/kekurangan  yang dia ada membblehkan dia nampak entiti tah pape kat dalam bilik air tu.  Biasalah, bilik air sekolah kan cam ada rasa cam cuak2 sket.  Aku dulu pun nak pegi bilik air masa kat sekolah siap berteman.  Entah kenapa bilik air sekolah ni rasa semacam je.   Bukan sekolah ni je.. mana2 sekolah pun rasa cam tu kot.  Bilik air public kat hotel, w/pun tersergam indah, tetap aku takut gak.  Nak2 yang kat Mandarin Oriental, kalau rasa nak terkencing sampai nak pengsan baru aku berani masuk.  Kalau setakat lite2 tu memang jangan harap lah aku nak masuk.

 Pemandangan biasa setiap hari on the way nak pegi sekolah.


 Dah lambat ni, dah 7.10 pagi, ngam2 sampai sekolah.  Terus dia keluar dari keta tak tunggu Kristal

 Terpaksa tunggu gak adik dia,  Kristal yang belah kiri beg ben sepuloh tu..  Ayooo... lambat... keh..keh..keh




4 ulasan:

su berkata...

masih lagi ye?

su ada kata nak suami su tlg thn lepas...da bgtau dia da..tp sbb dia kene bertukar keje duduk kat kl...tu yg pospon hal tu...

su hrp sgt kalau suami su dpt bantu kristal....masa je yg jd mslh skrg sbb suami su kata kristal kene dtg umah su kat seremban...

risau gak kalau jd kengkangan utk dtg umah su...

(su nak panggil ibu kristal ni dgn nama ape ye? nampak sgt da lama kita x berhubungkan? huhu...)

sejak pindah sthn ke seremban ni, su da lama x berblog, skrg je aktif balik...

LayarLara berkata...

Su,
Tima kasih kerana masih lagi setia berkunjung kesini. Panggil saya ISNI saja...

Skang ni kristal dah start sekolah, kalau nak kesana kene tunggu cuti sekolah nampak gayanya.. tima kasih kerana sudi membantu.

attyfir berkata...

agak2nya apalah kristal nampak ye

LayarLara berkata...

attys,
entahlah ktys... sian plak bila dipikirkan.