Kerap kali membaca didada akhbar isu-isu bapa sembelih anak, sembelih ahli keluarga dan macam2 lagi bentuk penganiayaan. Paling baru adalah berita yang aku baca pasal seorang warga bukan tempatan telah menumbuk muka bayinya yang berusia 12 bulan sehingga lebam satu muka. Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati bayi itu kemungkinan besar akan kehilangan penglihatan matanya. Siannya... Doktor juga menahan ibu bayi tersebut untuk dijalankan pemeriksaan samada si ibu mempunyai masalah kemurungan atau pun gangguan mental.
Hakikat yang perlu disedari adalah penyakit atau gangguan mental memerlukan rawatan dan penjagaan yang lama dan berterusan. Penyakit mental dadalah penyakit yang diakibatkan olehgabungan pelbagai faktor fisiologi, patologi dan psikologi. Antara faktor penyebab penyakit mental sukar dirawat atau dipulihkan serta-merta adalah kerana kecederaan kepada otak, tekanan perasaan yang berpanjangan, gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, kemurungan yang berkekalan, rembesan hormon yang tidak normal, gangguan traumatik, penyalahgunaan dadah dan gangguan neurosis yang kronik.
Skizofrenia, kemurungan, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatri. Bagaimanapun, skizofrenia adalah di antara penyakit jiwa yang serius. Antara tanda-tandanya, pesakit sukar membezakan dunia nyata dengan dunia fantasi. Pemikiran bercampur aduk, semakin tidak nyata, manakala emosi menjadi kabur dan tidak teratur. Faktor penyebab adalah keturunan atau genetik dan kerap ditemui dalam keluarga yang mempunyai sejarah menghidapnya. Individu yang mempunyai ibu atau bapa skizofrenia mempunyai risiko 45 hingga 50 peratus mewarisinya.
Kajian penyelidik mendapati, pesakit psikiatri mengalami ketidakseimbangan kimia dalam otak. Kajian meliputi kegagalan fungsi sistem penghantaran saraf otak iaitu saraf yang nenyalurkan komunikasi antara sistem saraf. saraf yang dimaksudkan adalah sitem dopamine, serotonin dan neurorepinephrine.
Antara gejala yang dialami oleh pesakit adalah perubahan emosi dan personaliti, perubahan pemikiran, perubahan presepsi dan pandangan serta kurang reaksi. Malah dikatakan amuk (mengamuk) juga merupakan penyakit psikiatri. Dalam budaya Melayu, seseorang itu dikatakan berani kalau sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengorbankan dirinya sendiri serta tidak menghiraukan bahaya yang mendatang. Dari aspek psikiatri, perlakuan itu lebih menjurus kepada kegagalan otak berfungsi dengan baik (tidak normal).
BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KERANA IA BERKEMUNGKINAN
SEKADAR FANTASI...
kredit to malaysiamaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan