Jimat! Jimat! Jimat wehhhhhhhhh!
- Tutup lampu-lampu yang tidak diperlukan seperti lampu di bawah porch, lampu pagar, lampu belakang dan sebagainya. Guna sekadar keperluan sahaja. <---- dah tak payah nak pasang lampu lip-lap.. pasang bila raya je... atau time orang nak datang umah kita.
- Hadkan penggunaan televisyen, radio, dan komputer. <---- okeh cukup kul 10.00 je terus tutup tv. masuk bilik dan
buat anaktido lagi bagus. - Set kan suhu penghawa dingin anda sekitar 20 darjah keatas kerana ia akan menggunakan kuasa yang kurang jika dibandingkan kesejukan yang sangat.<----- alar... malaysia not so hot sangat... tido pakai kipas je... kalau nak berecon gak... korang sejukkan dulu bilik, then off pastu sambung je ngan kipas, pintu bilik jangan bukak, nanti kesejukan tu akan berkekalan sampai ke pagi.
- Setkan timer di unit penghawa dingin anda supaya ia di matikan pada waktu-waktu beberapa jam selepas berjalan. Supaya ia tidak berterusan menggunakan elektrik.<----- haaa ni lagi baguihhh
- Gunakan alat elektrik anda untuk sekadar menyelesaikan kerja anda sahaja seperti periuk nasi. Tutup suis apabila nasi sudah masak. Begitu juga ketuhar, mesin basuh,tv, radio dan lain-lain.<--- bukan mode standby yang cam astro suruh tu... tapi switch off, kalau plug off lagi bagus.
- Gunakan barang-barang elektrik anda yang menggunakan tenaga yang banyak melebihi 1kw diwaktu malam. Barang-barang seperti seterika, penghawa dingin, ketuhar, mesin basuh automatik dan lain-lain lagi. Kerana diwaktu malam kadar penggunaan elektrik bukanlah diwaktu puncak maka ia lebih murah.<--- okeh.. emak-emak bapak-bapak basuh baju, gosok baju, buat kek memalam je tau... ahhahahahah
- Elakkan membuka tutup peti ais berulang kali.<--- ni aku nak kene train si ibtisam ni... JANGAN BUKAK2 PETI AIS... ADA MONSTER DALAM TU!
- Kurangkan menggunakan mentol-mentol kecil.<--- sorry rumah aku takde. Apa ke hal plak nak pakai mentok kekecik ni... aku suka yang besau2 aje tauuuu... apa?? apa??
- Guna sekali gus mentol besar bagi penggunaan lampu.<--- sana lampu ... sini lampu... di mana2 lampu... guna satu lampu je yeeeee cik kak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan