12 Ogos, 2011

Diet Rendah Sodium/Garam untuk High BP

Garam terbahagi dua.  Iaitu garam nyata/sodium klorida dan garam tersembunyi seperti sodium bikarbonate, sodium benzoat, monosodium glutamat dll.

ELAKKAN!!!
1. Garam masakkan : garam halus/kasar  (dah hampir 6 tahun aku gunakan garam gunung, satu botol regenya RM12, tapi garam ni tak semasin garam biasa)
2. Agen perasa : bentuk kiub (pati ayam) atau serbuk (sudah tentulah ajinonaikmoto), belacan, petis krim, mayonis, sos barbeque, kicap manis/masin, sos cili/tomato/tiram.
3. Pati makanan : Pastu sayuran (marmite) atau daging (bovril)
4. Agen penaik : baking powder, sodium bikarbonat dan makanan yang diperbuat dengannya seperti kek dan biskut.
5. Makanan dijeruku: Telur masin, ikan masin, sayur masin, tauchu, tose, buahan jeruk, budu, cencaluk.
6. Makanan terproses : Sardin, kacang panggang dalam tin, burger, sosek, hot dog, ham, bacon bebola ikan/daging, fish cake, keju.
7. Organ dalaman haiwan

KURANGKAN!!
1. Daging
2. Makanan laut : Udang, sotong dan makanan yang bercengkerang
3. Susu dan Hasilnya : mentega, keju, aiskrim, puding bersusu.
4. Bijirin segera : cornflakes, alibran, wheetles.

BEBAS!!
1. Buahan dan sayuran segar.
2. Bijiran Asli : beras, gandom oat dan lain-lain,

Perhatian : Amalkan sikap membaca label kandungan makanan sebelum membeli

Sumber : Jabatan Makanan Hospital Sultanah Aminah

-----
Ok done!  Everything yang kita makan... makan sikit jadi ubat... makan banyak dapat musibat... hehheheheh

So untuk lelain tips.. silalah ke Cantik & Anggun


Tiada ulasan: