13 Ogos, 2011

Diet Untuk Diabetes

Berikut adalah sebahagian dari contoh makanna yang amat penting untuk anda ketahui.  Diharap pesakit mematuhi arahan yang diberikan dan jadikan senarai di bawah sebagai panduan.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN (Kecuali ada arahan Doktor atau Pegawai Diatetik)
1. Aiskrim
2. Susu pekat manis
3. Buah-buahan dalam tin (manis)
4. Semua kuih-muih manis
5. Glukosa, gula pasir, gula perang, madu, kek
6. Coklat
7. Biskut manis
8. Jem
9. Kaya
10. Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
11. Milo, horlicks, ovaltine, pulut, pisang, durian

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TETAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA
Jumlah keperluan bergantung kepada umur, kegiatan, jantina dan berat badan.

A. Makanan Karbohidrat/berkanji
i) Hasil bijirin - Nasi putih, beras india, roti putih, Whole meal (jagung), mee, mihum, conflakes, nestum, oats, biskut ceram crackers, apam, putu mayam, idalee, tosai, capati, roti canai.
ii) Sayur-sayuran berkanji - lobak merah, kentang, ubi keledek, keladi, labu manis, sukun, kacang panggang (baked bean)
iii) kekacang - kacang dal, kacang hitam, kacang hijau dan kacang merah.
iv) Susu - susu segar, susu UHT, susu cair, susu tepung.
v) Buah-buahan - limau, epal hijau, epal merah, oren, betik, nenas, rambutan dan lain-lain buahan

B.Makanan berprotein
Ayam, ikan, daging, telur, keju dan makanan laut - udang.

C. Makanan berlemak
Minyak memasak (lebih baik jika gunakan jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dan lain-lain) majerin polyunsaturated.

MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS
Boleh dimakan sebanyak mana yang dikehendaki dan tidak ditambah gula.
i) Cecair - Air minuman, Air mineral, teh, kopi, air sop, air limau nipis/lemon, air barli
ii) Perasa dan rempah - serbuk kari, cili, herba, rempah ratus, lada sulah, cuka, esen.


PETUA UNTUK DIINGAT
1. Kawal pemakanan
2. senaman (Setiap hari 1/2 jam)
3. Ubat kencing mani/injection insulin
4. Kawal paras gula dalam darah dan rekod dalam buku.
5. Paras gula yang baik - Puasa 4-6 mmol/l, 2 jam lepas makan 7.8 mmol/l

Sumber : Jabatan Makanan, Hospital Sultanah Aminah

------------
Ok done semua info2 yang aku nak share... Harap2 korang sumer dapatlah benefit dengan apa yang aku kongiskan.  Sharing is caring! We care we share!


Tiada ulasan: