27 Jun, 2011

Berhujung minggu...

Uihhhhh dah lama tak berkemas rumah aku ni...  habuk.. sesawang merata2... minta mahap ajelah yee sesapa yang hinggap wilayah aku ni tengok tak berupdate... Skang ni masanya enggak berapa ada bahh...

Okeh.. apa aktiviti korang di hujung minggu??

Well... memandangkan last week dah tak duduk kat rumah kan... aku dah bermukim kat Tasik Chini selama 3 hari 2 malam... so weekend ni kenelah dok umah pulak.  Entry Tasik Chini tu aku utang dulu ehh...

Sebagai ibu mithali dan isteri yang sangat dikasihi oleh En. AbangSayang, weekend aku telah buat kuih.  Alahhh kuih dia kuih yang biasa2 aku buat je.  Tapi kali ini aku guna barang2 yang lain.

Kata skang ni Healthy Living kan... so tepung yang aku guna adalah tepung yang unbleach.  Haaa untuk makluman, tepung gandum biasa yang jual kat kedai2 tu telah dibleachkan untuk mendapatkan warna yang putih.  Haaa cuba imagine korang makan sesuatu yang telah dibleachkan...  Gula pun aku gunakan gula perang.  Memanglah manis jugak, tapi kalau korang jenis yang berduet, blehlah gantikan ngan stevia.. Laaaaagiiiiii healthy.

Eh... kuih apa yang aku buat yek??? jom...

Okeh. inilah tepung yang aku maksudkan.  Tepung ni boleh didapati di Jusco atau pun di Maideen.  Regenya takdelah mahal mana pun, RM3.00 ++ je.

Kalau diperhatikan, warnanya sedikit keperangan dari warna tepung biasa.  Dan tepungnya akan berketul sedikit.  So korang kene ayak dulu lah kalau nak buat kuih guna tepung unbleach ni.

Okeh, ini kali aku letakkan telur cincang berperisa kari.  

Okeh ini yang telah siap.  Tinggal tunggu dia kembang ke saiz sekali ganda.  

Haaa inilah rupenye setelah siap digoreng.  Kalau korang jadikan dia donut, goreng setakat golden brown je.  Tapi bila korang jadikan dia berinti cam sardin role atau telur role.. kene goreng garing sket.  Tapi yang aku suka adunan aku ni ialah, walau dah sejuk, atau dah malam buta, kuih korang tetaaaappp lembut... tidak dinafikan lagi... 

Okeh, kuih pedas dah ada, so aku buat satu lagi kuih.  Kuih apam nasi.  Juga aku gunakan tepung unbleach dan gulanya aku gunakan gula perang.

Jom makan!

Untuk resepinya, korang boleh rujuk kat sini ye... Telur Role/Sardin Role/Donut  Kuih Apam Nasi




Tiada ulasan: