26 Oktober, 2007

Berapakah harga sebuah nyawa?

Rabu lepas aku pegi ke pusat kesihatan universiti, nak buat buku merah konon. Tapi siang2 doktor tu dah cakap, sebelum ni aku memang dah ada kes, so dorang tak nak handle sebab takut kene marah ngan HSA. Dorang suruh aku pegi HSA untuk dapatkan rawatan direct di bawah pengawasan pakar. So, doctor tu buatlah sedikit memo untuk HSA berkaitan kes aku.

Korang mesti peningkan kes apa. Ok, gini tak nak bagi korang pening aku story sket eh.. Aku sebenarnya kalau mengandung akan mengalami masalah keracunan uri. Badan aku tak leh menerima kehadiran uri. Keracunan ini boleh berlaku bila2 masa dalam tempoh mengandung. Keracunan ini akan melonjakkan tekanan darah yang mengakibatkan kerosakan buah pinggang. Masa aku kene last pregnant dulu tetiba pada 30wks tekanan darah aku melonjak kepada 200/100. Huiii tinggikan.. ye memang tinggi sehingga aku jadi penghuni ICU. Dan disebabkan tekanan melampau juga, segala nutrien yang aku makan dah tak sampai pada baby.. keputusannya keluarkan baby and no more keracunan uri. So, disebabkan itu skang ni buah pinggang aku sebelah kiri rosak pada stage satu. Selepas bersalin, doktor menasihatkan aku supaya tidak mengandung lagi. Tapi sebagai manusia boleh ke kita menolak ketentuan Allah?..

Okey berbalik pada cerita aku awal tadi. Semalam aku pegi ke HSA terus ke bahagian Gyniea (entah betul entah tidak ejaan ni). Aku bawak skali memo dari Pusat Kesihatan Universiti. Sampai kat sana boleh minah kat kaunter tu tanya aku kenapa aku datang kat HSA. Apa ke sengal dorang ni... surat dah ada bacalahhhhhh, ngok tul!... Pastu dorang bleh suruh aku balik buat buku merah dulu. Le... aku dah cakap Pusat Kesihatan U tak nak handle aku bererti no red book lah ngok.... Kenalah buat rekod terus kat HSA. Dorang bleh tanya plak aku... nak early book ke... hehehehh what the hell punye lawak... apa ko pk aku nak book bilik bersalin ke.... korang ni tak geti baca report ke apa.. At last dorang kata nanti tanya pakar dulu... apa ke nenek lah korang ni.... Dah duduk melangok tu......... dorang panggil and dengan senyum lebar dorang hulur balik surat aku dan cakap appointment on 28 November.... subhanallah... ngarut betul tau..

Aku tak puas hati, aku pegi panel, Dr. Moiideen buat ujian berdasarkan urin dan memang confirm dalam buah pinggang aku dah ada darah.... so 2 weeks lagi aku kene datang untuk test lagi urin. Nanti Dr. Moiideen akan buatkan satu laporan perubatan yang lengkap untuk dr. pakar HSA supaya memberi perhatian serius pada kes aku. Dr. Moiideen kata biasanya baby takde pape, kes camni biasanya membahayakan ibu. Cam tu pun HSA pandang ringan. Takpe, ajal maut sumer di tangan Allah... bukan kat tangan dorang, dorang tu cuma perantara je... InsyaAllah aku akan okey..

22 Oktober, 2007

Back again...

Ya... beginilah keadaannya setelah 11 hari meninggalkan pejabat. Toye... sakit M.... tak bersemangat.... memacam lagi lah..

Nak cita apa eh? Cita raya?? Huh... bengang je... gambo2 raya yang aku ambil pakai pda hampeh ku ini telah di deletekan oleh tangan cik crystal yang comel ittuuu.... arggh tension tau... gambo yang ayu, sopan dan penuh santun ku juga telah terdelete sama sekali...

Takpelah... meh role back time w/pun takde gambo, korang baca ajelah..

Malam raya
Biasanya malam raya aku akan tolong memasak dia kedua2 buah rumah (my mom n MIL), tapi disebabkan tahun ini aku telah ter'uwek2', maka aku tak tolong pun kat rumah MIL, lagi pun adik ipar aku ada kat situ, dia n family dah duduk ngan MIL, so aku tak risau sangatlah. Aku cuma tolong kupas2 bawang dan segala perabah yang nak di masak... dan aku juga telah memasak lauk kurma ayam kampung. W/pun dok area taman, tapi menu kitaorang ayam kampung tauuuu.... Aku tak tolong kemas pun sebab aku rasa letih dan perut aku dah rasa sakit... renyah... so i need a rest. Aku berenti basuh pinggan dan melabuhkan badan ku yang empuk ke kerusi yang empuk... Sedar2 AbangSayang dah tepuk ajak balik rumah, masa tu dah kul 1 am. AbangSayang ni memang payah betul nak ajak tido Skudai. Bukan rumah mak aku je, rumah mak dia pun dia tak mau tido.. pernah dah tido kat umah MIL tetiba kul 3 pagi dia ajak balik rumah gak.... apa raaaa... nasib rumah takdelah jauh sangat 20 minit je naik keta... kalau jauh berejam mau hazab aku...

Raya pertama
Okey kali ini kami telah memilih biru air sebagai tema. Haruslah kelihatan bergaya bukan (maaf tiada bukti disini) bila mom n daughter pakai baju yang bermanik2 biru n silver... ohhh sungguh class sekali... Pagi tu kami telah 'pulang' ke Skudai hehehehhehh rumah MIL ngan mak aku tak jauh, jalan aje lain2 so... pada pagi ittuuuu kami dapatlah meluangkan masa untuk kedua2 belah keluarga. Ha... tu le... lengkali cari pasangan yang dekat2 cam aku, biar korang hangin satu badan boring tak hingat... orang sumer balik kampung korang balik taman... sumer batu2 belaka... takde papan2... tak best laaaaa....

Lepas bermaaf2an belaka (bab ni eden memang tangkap leleh beb....) kami pun menuju ke rumah makcik aku kat Kampung Bakar Batu. Satu rumah aje sampai petang sebab yang lelain tu takde balik kampung.

Raya Kedua
Kali ini aku sangatlah sempoinya. Hanya berbaju kurung berbunga biru n selendan di kepala... dah takde tudung datuk kay ke... datuk m ke... Nak bersiap pun aku maleh dok ada, apa kerenah orang kat 'dalam' ni pun aku tak tau... Kami akan ke Pontian secara berkumpulan... konvoi gitu.. Sebelum ke Pontian, kakak2 ipar + adik ipar + MIL dan anak saudara belah suami nak beraya rumah aku dulu... aku tanya AbangSayang, nak masak apa... tetiba AbangSayang cakap "makan kuih raya aje dahlah.... lagipun kita nak keluar kan"... huk allo... tak dapatlah aku nak tunjuk skill memasak aku... takblehlah aku nak riak ngan air tangan aku... hahahah... korang ingat aku baik sangat??? perghhh aku sangat2 setuju ngan cadangan AbangSayang ok... hehehheheh. Yang ni anak aku sukalaaa sebabnya sini sumer rumah kampung. Baru dorang terasa balik kampung. Penat beb dari pagi sampaile jejak magrib tu pun tak habis lagi, ada dua rumah yang kami terpaksa lupakan.

Raya Ketiga
Kul 7.45 pagi aku tengah berlengkar kat sette... buat keje rumah sket dah duduk.. almaklum ajelah kalau berbadan satu setengah ni, melayankan badan, tekak, sumer lesu2 belaka. Skali tu adik aku call nak datang umah kul 10.00 pagi. 3 kuarga termasuk mak ayah aku n mak penakan aku yang didatangkan khas dari Batu Gajah, Perak. Aku pegi kedai, korang paham ajelah, suasana rayakan.. apa je yang ada kat kedai tu?? Aku beli je daging kotak... haaa amik ko... aku buat mi kari aje... jadiklaaaaaa...sapa suruh tak cakap awal2, kalau idak bolehlah lontong kering ke... nasi minyak ke.... haaa makan ajelah... dah rezeki korang kan..

Raya-raya yang seterusnya aku just pegi umah adik beradik aku aje.... Hahaha yang lawaknya aku sampai aje rumah kakak aku, dia dah halau aku balik. Sebabnya aku just pakai t-shirt and track aje.. hehheheh. Aku tak larat nak bersiap2...hehehe senang cerita keadaan ku ketika ini amat serembih ok.... Dan hari2 yang lain, ada yang aku kat umah aku, ada yang kat umah mak aku coz menolong dia memasak, biasanya sepupu sepapat ni kalau datang memang berbiji2 keta, siap bukak meja balai. Penat jangan cerita....

Oh ye... pregnant kali ini aku memang ada mabuk sket... tapi takle teruk sangat. Tapi yang fantastik masa pregnant crystal, mabuk 2 minggu je, pastu ok bangat... tapi masa nak beranak yang hazab sket sebab asik masuk kuar spital, dah tu menjalar dok kat ICU. Adalah harapan aku untuk tidak kuar masuk spital lagi. Semoga aku dan baby sihat takde masalah2 lain yang menghimpit. Aku tak kesah apa jantina... yang penting aku n baby sihat....aku tak nak lagi cucuk sana cucuk sini... sentiasa takut cam nak mati...

Okeh.. aku nak pi cari curry laaa.. aku nak makan roti cicah kari.... Opss berikut bukan sama sekali gambo raya ok... gambo berkenaan gambo masa pegi melawat 'sedara' kat Zoo hari sabtu lepas... dahtu mana lagi aku nak bawak anak2 berjalan...

Danel kalau suruh posing memang jadik aje... Yang berseluar jeas biru n baju cokelat ialah AbangSayang yang tak berapa sempat nak enter frame... dengan ucapan... heheheh cubaan anda tidak berjaya

10 Oktober, 2007

Kenangan lalu...

Biasala nak dekat raya ni, haruslah ada gerak gempur mengemas rumah secara mega.. sangat teruja ok..tapi yang aku rasa paling teruja AbangSayang laaa.. dalam bz membuat amalan 5 s... tetiba terjatuhlah gambar2 yang dah terkeluar dari album.. belek belek gambo tu... le.. tak sangka aku dulu si kristal punyelah debab.. tapi skang ni dah jadi cam kerengge la plak...

aku boring je kalau jalan orang mesti cakap... "engko ni rampingg je... tak macam mak kau.. (satu hinaan tu.. er.. itu fakta atau pendapat.....kui..kui..kui.." apa ingat aku tak bagi anak aku makan ke?? tolong sket ehhh... anak aku tu makan jadi tulang.. harap tinggi aje... tah gen sapa dia ikut pun aku tak tau.... Si danial pun sama... masa kekecik dulu debab kemain... dah lasak ni susut laaa, tapi yang tak susut pipi dia tu...


Tengok aje pipi ngan tapak kaki dah tau montel bangat masa tu..

Ini satu tika dulu.. masa badannya montok...

Danel masa ni pun tak montok sangat, ada lagi montok gambo dia... masa baby...

Haa ini nowadays.. dah kerempeng both anak2 aku, korang mesti cakap aku dulukan tembolok aje kan...
kejamlaaa kalau kenyataan tu kuar.. itu sama sekali tidak berlaku... percayalah

05 Oktober, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi... skeett je lagi. Di samping itu saya juga ingin menyusun jari yang sepuluh memohon kemaafan dan keredhaan kawan2 semua. Mana2 yang terasa hati kene maki segala maafkanlah jua adanya dengan lontaran2 kata2 saya memang tidak mengenal erti stop... heheheh... semoga semuanya berada dalam keadaan yang selamat balik kampung dan selamat kembali bertugas semula. W/pun kampung dekat tak sampai beberapa minit aje tapi hari Khamis depan saya sudah mula bercuti. Segala aktiviti berblogging akan dihentikan seketika sehingga bertemu Khamis yang selanjutnya. Sekian salam rindu di angin lalu... hehehheheheh.

03 Oktober, 2007

Nasi Bukhari gakkkk

Heheheh... aku takleh tahan bila tengok nasi bukhari apple. Tak bleh tahan beb diulangi sekali lagi. Maka semalam aku telah masak nasi bukhari gak. Perghhh time berbuka tu 3 kali AbangSayang tambah wa cakap luuuu.. Danial ngan kristal apa lagi, sampai buncit aku tengok perut dorang. Hahhah aku berjaya.. aku berjaya... aku sendiri 2 kali tambah... aku memang buat lebih, dapatlah aku balas mangkuk jiran aku... dia bagi lauk ketam cili api, aku balas ngan nasi bukhari... lagi best pe.. hahahhaah. Pesanan untuk jiran aku... lenkali takyah bagi lagi laa... buat pening aku nak balas balik... aku ni bukan rajin sangat masak berbuka... kalau angin aku letih kepai, harus aku beli kat param je...

Hahahahahahh... gelak dulu.... hahahahah gelak sekali lagi... hahahahah gelak lagi dan lagi dan lagi... weh... aku tak tau le kalau korang pernah tengok iklan ni. Alar iklan yang adibah noor tu pose.. pastu beli cekodok, dia rampas cekodok orang yang disangka cekodok dia, bila berbuka baru dia perasan cekodok dia dalam beg. Lawak tul.. muka tak make up... poyo.. muka2 poyo sumer dalam iklan tu... adoo lawaklahhh....

Ok.. habis cita ketawa ketiwi tu.. nak cita lain plak... semalam masa aku tengah bertunggang langgang nak memasak menu istimewa tu... Danial datang dapur dan amik balang kuih almond london. Pastu aku dengar riuh2 kat depan. Umak aiii terkejut aku. Anak aku punye ramah beri sedekah kuih raya kat kawan2 dia kooooo.... Dia kat dalam pagar main hulur hulur je kuih kat kawan2 dia. Apa aku nak cakap??? Tarik nafas ajelah... Pastu dia lari lagi masuk kat dapur, buka kabinet nak amik air milo tin. Sambil tu dia nyanyi2 "nak bagi kawan.. nak bagi kawan"... aku tanya kat dia.. "Danial nak buat apa ni?".. dengan selamba dia jawab nak bagi kawan2 dia yang kat luar... ambooiii mulalah aku nak kuar dialog cerita 3 abdul... "kalau ko nak sedekah dengan harta kau.. bukan dengan harta aku...." (tak kuar pun dalam hati je...) hem... nak bagi kawan ye... ok aku cakap, danial amik sumer bahagian danial n bagi kat kawan. Tinggalkan bahagian adik punye. Lepas ni, jangan mintak lagi ye... bila adik minum danial tengok aje.. coz bahagian danial dah bagi kat kawan2 kan... Lepas dia berfikir seketika.. tak jadi dia amik milo tin tu... pastu dia bleh kata aku ni kedekut... perghh berbisa beb... aku rasa ayat tu kalau bagi kat AbangSayang memanglah sesuai... aku ni kedekut.. nahiiii kabi nahhiii...

Dahlah nak buat keje plak.. lagi layan blogging ni lagi enjadik....

01 Oktober, 2007

Mood raya?

Hem... korang cemana?? dah mood raya ke? kat opis ni dah berkumandang lagu raya... tak suka aaaahhh... hehhehe sebab bila kuar lagu raya aku terus terkesima takde mood nak buat keje...

Kuih raya aku baru start ngan satu jenis dulu... Almond london... harus buat dulu sebab faverettoo danial... makanya dah di ayak satu rumah balang kuih tu... this week aku nak buat chocolate rice n samprit... huhuhu... tah sempat tah tidak.. ngan menjahit manik lagi...

Arini AbangMisai takde pegi KL ada function... nasib tak diheret aku skali... bulan pose uuu tak sampai hati nak biarkan AbangSayang sorang2 ngan kerenah dua orang budak 'baik' kat rumah.. Hari ini pun aku banyak projek yang nak dilaksanakan... nak pegi skolah danial bayar yuran.. nak pegi kedai jahit... dan macam2 lagilah...

Oh ye... sehingga hari ini aku belum tuang pose lagi ye.. Kenapa aku belum tuang pose lagi ye?? Musykil nih... ehh hari ini dah berapa hari bulan?? eiii wahh sudah lari jauh ni... adakah ini bermakna aku dot..dot..dot.... hahahah harus ku namakannya RAMADHAN hahahahahha.. tapi dah 2 minggu aku rasa cam nak 'peot' aje... tapi tak muncul2 gak... takpe.. aku tunggu lagi seminggu... kalau takde harus aku pegi ke farmasi dan membeli pregnancy test.. uishh aku tak nak berharap sangat.. buatnya takde.. bikin sedih je.... tapi.. aku perlu positif.... ye.. positiff...