28 November, 2007

Dalam keterpaksaan itu..

Kelmarin
Matilahhhh... AbangSayang dah lancarkan boikot... huhuhuhu...sekarang ni aku dilanda penyakit malas nak masak.. ehem..ehem. Jadi aku cuma masak nasi sahaja dan lauknya diimport dari mana2 kedai yang berkenan di hati. Setelah berkian2 lama makan lauk kedai, malam kelmarin AbangSayang tak touch langsung lauk yang sememangnya faberet dia... asam pedas. Asam pedas ikan duri tuuuuuu tak cuit wa cakap lu..... AbangSayang dok kat meja je... mulalah soalan tak munasabah dia kuar... "ikan apa ni? napa dia masak cam ni? Napa pelik je ikan ni?"...

Malam tadi
Maka semalam dalam keterpaksaan aku telah menggagahkan diriku yang dijangkiti penyakit M untuk masak lauk. So semalam aku masak kari ikan merah, sayur kacang botol goreng n ikan goreng. 2 kali tambah AbangSayang makan. Tengah makan tu aku cakap ngan dia "besok i nak kuar awal dlm kul 7 gitu"... "awalnya?? nak pegi mana?"

?????? sedihnyaaaa dia lupa aku ada appointment kat spital... unsangkarable... bukan setakat tu je.. malah keputusan dianogsa makmal kelmarin dulu pun dia tak tanya... waaaa nak nangis gitu... siapakah aku dihatimu??? Ohhh... takpe...takpe.. ada ubi ada batas... makanya hari ni aku tak nak masak... hari ini aku nak beli je nasi ambang kat pasar tani... amik kau... nah rasakan...


Hari ini
U olzz... hari ini aku ada appt. kat pakar perbidanan... gitu gini aku bertolak dari rumah baby sitter jam 7.10 n sampai di HSA 7.55, tu pun setelah mengikut jalan cilok2. Kalau ikut jalan biasa aku rasa 8.30 baru sampai kot.

Prosedur cam biasa kene amik darah. Tapi dia buat sakit wooo.... kat pusat kesihatan tak rasa pun dia amik darah... tapi perghh kat spital ni... dah le dia cakap urat aku halus... urat aku urat tipu... tipu??? pastu dah masuk jarum, siap jungkit2 lagi tu.... at last lebam jadiknya tangan aku ni... amik darah plak tu bukan kat pelipat siku.... tapi dia amik kat tengah lengan... sakit tau.... huhuhuhu...

Resultnya??? next appt baru dapat tau... why so late??? biasa kan bleh dapat dalam 1 n half hour... gasaklaaa... so next appt adalah pada 26 December...

27 November, 2007

Hepi Birthday Kristal

Ini adalah gambar Tok Kenon yang juga merupakan besday girl... hahhaahahah begitu gigih dikebun ngan tanamannya..

Ini preemie aku yang juga besday girl... orangnya kecik molek tak macam 3 tahun pun...



Bulan November adalah kekira tiga orang dalam family yang telah berpakat untuk menyambut besday mereka. Mereka2 adalah Faizal Riza - 21/11(adik ipau), Atuk Kenon 22/11 (ini anak2 aku yang pepandai bagi gelaran, nama mak aku ialah Zainon) dan Kristal 24/11.

So... sementelah aku nak celebrate besday yang ke 3 si kristal, maka aku telah buat simple besday party dengan menggabungkan mereka bertiga. Venuenya di rumah mak aku, supaya senang kami berkumpul, timenya kul 8.00 malam.
Menu pada hari tersebut ialah Pulut Kuning, Kari Ayam, Mee Hun, Salad Buah, Otak2 dan Popia Basah... tak lupa kek besday.

Waa.. tengok menu takdelah banyak mana yang aku nak masak kan? Tapi aku sangat malas ok... maka aku telah mensubkan segala menu2 itu. Aku beli barang2 untuk memasak dan telah 'memerintahkan' kakak, mak n adik aku untuk masak. Heheheh.... otak2 beli yang dah siap tinggal bakar aje... tu pun aku suruh adik aku pegi beli... popia basah tu aku tempah je... hehehhe sangat malas ok... dalam banyak2 tu yang aku buat cuma pegi beli buah2ah untuk dibuat salad serta kek besday... ohhh rajin sungguh. Mak aku telah aku tugaskan untuk goreng mee hun... mak aku terkesima ngan kemalasan aku yang terbangat... jangan marah ye mak.. Sehinggakan mak aku nak baling aku ngan bantal... Sebab sebelum pregnant aku memang kategori rajin..hehhehe.. harap maklum.

Nak dijadikan cerita, masa aku membeli belah barang2 untuk memasak... dengan confirmnya aku pergi ke kaunter untuk membayar, sekali tu aku bukak dompet... le... ada RM2 aje... rasanya aku dah draw duit tadi... erkkk mana pegi duit aku.... Aisehhh... aku tak draw duit le.. aku tengok orang ramai masa balik keje tadi aku terus je blahhh.... Sengih2 aku cakap ngan tokey kedai tu untuk simpankan barang2 aku buat seketika sementara aku pegi draw duit kat taman berdekatan... Hampesss... sangat malu ok.

Keseluruhannya majlis itu berjalan lancar... sorilah aku tak load gambo majlis sebab aku malas ok.. jangan tanya napa aku malas.....






26 November, 2007

Laporan Diagnosa Makmal

Hari ini 26 November 2007 aku telah pergi untuk menjalani pemeriksaan ke atas buah pinggang (sapa baca entry aku terdahulu2 dah tau ngapa kan).

So pagi tadi kul 9.30am Dr. dah ambil sample urine n blood. Kul 10.30 tadi aku dah dapat result. So.. the result is..

HBP : 110/70 (Sangat cantik ok)

Blood test (mmol/l):
Urea 2.3 (>1.7 <8.3)
Sodium 138 (>137 <150)
Potassium 4.2 (>3.5 <5.2)
Creatinie 58 (>53 <133)
Chloride 104 (>97<108)
Secara keseluruhannya blood test aku sangat ok. Oh ye.. aku takleh makan pisang selalu coz dalam pisang banyak potassium, sangat tak elok untuk orang yang menghadapi masalah ginjal. Dah lama pun aku tak makan pisang.. kecuali last week on Jumaat becoz ada orang belanja pulut n pisang... aku makan setongkol pisang yang bersaiz kecil. Pulut n rendang daging aku just jamah sesuap aje... coz daging high protein... juga tak bagus untuk pesakit ginjal... ohh hilang nikmat dunia... takpe aku memang tak suka daging.

Okay skang ni .....

Urine test (mmol/l):
Urine Specific gravity 1.010
Urine Rbc 5 - 10 (ini menunjukkan dalam buah pinggang aku ada sedikit darah)
Urine Protein 3+ (masa pregnant kristal Urine Protein adalah 4+ yang bermakna damage)
Urine Ph 6.0
Korang pening eh?? Maknanya ginjal aku memang dah rosak, tapi bukan rosak tahap dialisis tu. Rosaknya ibarat sebiji bola pingpong telah kemek, dan kekemekan itu tak boleh di perbaiki. So what to do? Entah.... heheheheh kawal supaya tidak lebih rosak. Cemana? Dengan pemakanan.. hishhh kang panjang pulak huraian aku.

Berat badan aku masih statik tiada kenaikan. Berapa?? Mana boleh tauuuuu rahsia wooo...

Okeh... aku dah keje skang ni... sat lagi ada masa aku nak posting cerita pasal celebrate besday kristal. Cau cin cauuuu....

23 November, 2007

Peksa lagi ari ni..

Ini adalah peristiwa bergambar semalam petang, sampai je kat rumah dorang terus nak posing. Cam biasa mak dia sebagai photographer ok je...

Ini konon2 gambar kontrol ayu dari kristal

Ini adalah salah satu aksi menarik sebelum mereka bergadoh. Gadoh ada sesi biasa2 aje kat rumah. Maka selepas itu suara tarzan wanita pun akan kedengaran berkumandang di daerah jajahan takluknya

Ini gambar 2 hari lepas masa kat restoran makanan segera di JUSGO, tengok betapa khusyuknya danial membelek ayamnya itu, padehal kat rumah baru lepas makan nasik. Layan ajelahhhh...

Minah ini pun sama jugak, kat rumah dah makan nasi, tapi sampai kat JUSGO masih lagi nak makan makanan segera feberet mereka. Pegi sana bukan buat apa pun, just nak betulkan cermin mata kristal yang telah dirinya rosakkan. Nasib baik ganti softgel dia tak kene bayar, sungguh baik kedai itu.

Ini AbangSayang yang tengah makan sebelum pergi ke JUSGO. Inilah roomate dan juga manusia yang kekadang buat aku rasa cam nak 'gegetttt' je ngan perangai dia. Hampehhhh..

Ha... ini adalah anak pelarian kemboja yang sedang makan dengan bapak dia. Anak pelarian kemboja ini baru sudah mengaji dan terus nak makan. Tapi bila sampai kat JUSGO dia makan lagi sekali.


P/S : Harini aku peksa lagi... ari ni aku tak nak cita papelaaaa just nak tepek gambo je... lagi pulak dah lama aku tak tepek gambo kat sini... cam tak berseri je rasanya...Okeh, aku nak gerak pegi dewan.





22 November, 2007

Alhamdulillah Syukrannn

Alhamdulillah syukurrr.... itulah ayat yang aku tuturkan tak habis2 bila dengar berita kat radio Erra tadi..

Korang mesti tertanya2 berita apa kan.... korang mesti pernah baca pasal kes perebutan anak sapa ke nama pompuan tu, Nazeera ke?? Alar yang kawin ngan bangsa asing tu. Alar yang kes kat Peshawar tu...

Alhamdulillah hak penjagaan dah dapat kat dia, n dia pun dah bawa anak dia balik ke Mesia.

Cam nak meleleh air mata aku dengo berita tu... aku emo ke?? Ah tak kesah..

Semalam aku tak leh tido beb... sebab arini aku exam. Takleh tido bukan sebab aku membaca, tapi aku takleh tido sebabbbbb... bila aku pejam mata je, automatik nota2 yang aku baca tu menerawang dalam mata aku... dalam kepala aku..... bila try nak pejam lagi jadi cenggitu... hus.... at last aku tido kul 3 pagi... kejam betul otak aku ni... dah tak geti nak rehat dari berpk pasal exam je gaknye......

Kawan2 doakan aku dapat level 4 untuk kedua2 paper ye....

19 November, 2007

Apa ehhh....

Ekcelli aku pun tak tau nak update apa dalam blog aku hari ni...
Oklah aku bagi tau Kristal dah ok.. semalam aku masak lauk kurma ayam, laju dia makan. Dah bleh lari, gelak, nyakat dan yang x bleh tidak dilakukan ialah gaduh ngan Danial.
Oh ye... cemana korang rasa eh.. bila orang tu cakap takleh nak bayar hutang, tapi dalam masa yang sama gak dorang telah pergi meronggeng disanaaaaa di restoran ateh pokok (orang johor tau kat mana) yang aku rasa makan untuk si jan 3 beranak tambah jantan kabaret alias jantan shoebug itu dalam RM100++. Adakah si jan itu mengeluarkan duit poketnya untuk mengketedarahkan jantan itu ataupun si jantan itu telah mengeluarkan duit poketnya menyaport si jan 3 beranak itu. Conpius?? Tapi w/a/pun perjumpaan sulit antara si jan dan si jantan ini telah berjaya dihidu oleh Betaraguru. Opsss jangan tuduh aku yang bagi tau ok... aku tak tau menahu pasal perjumpaan sulit mereka ini. Maka di pagi Ahad yang hening si jan telah menerima amukan halilintar membelah langit dari Betaraguru. Aku peliklaaaa si jantan dah bohong si jan hidup2 pun si jan ni leh terima gak si jantan tu... huh... gali lubang kubur sendirilaaaa.... Aku pun pelik kenapalah si jan ni tak abis2 dari dulu zaman anak dara sampailah dah jadi mak dara masiiiiiiiiihhhh lagi nak jadi pembohong.. tak habis2 ngan bohong dia tu.. tu pasal leee perjalanan hidup ko tu tak berapa menjadi... sebab ko suka bohong Betaraguru... tak baik tau... bohong sikap munafik.
Okeh dah malas aku nak cerita sandiwara semusim yang tak best tu... lelagi bila aku kenangkan muka si jantan shoebug tu... mintak simpanggla...
Aku dah start study ok... dah dekat seminggu aku study untuk peksa. Yang paling lawak, aku ingat peksa esok n lusa (selasa n rabu) skali tuuuu rupenye peksa khamis n jumaat...hahahahh. yelaaa... slip peksa aku tak dapat lagii... apakah itu maknanya???? maknanyaaa aku masih berpeluang untuk meronggeng dan bermenung di depan nota2 aku tu...hahahhahahahah....stadilah kamu seperti kamu akan berperiksa keesokan harinya... hahahahahha.
Hem.. dahlah aku nak pegi bank ni... dalam dompet aku tinggal 20 hinggit aje.. nak donate??
Aku angin ni... aku dah edit 2x tapi still takleh buat paragraph.. blog ni memang sengaja nak tengok hasil nukilan aku jadi slekeh mekeh gaknye...

16 November, 2007

Graduation Concert

Pejam celik pejam celik dah dekat ujung tahun... Rabu malam Khamis lepas adalah Graduation Concert Danial. So seawal kul 6 petang dia dah terpacak kat SJK (C) Choon Hwa. Aku, AbangSayang n Kristal sampai kat sekolah tu bih kurang kul 7.50 mlm laaa... Aku intai dia kat bilik persediaan... amboii dah terpacak rambut anak aku dorang kerjakan.

Macam2 persembahan, Danial masuk 3 persembahan, yang aku tak tahan dia boleh main gelong rotan tu kat pinggang none stop tanpa jatuh... terer tu anak aku... ikut musik lagi plak.. takpe sok lusa aku nak suruh danial ajo aku plak. Tapi lepas abis pantanglaaaa... tak pasal terberanak plak.. Aku dah macam burung belatuk je... mana taknya mc cakap chinese daaa... nasib ada selit2 inggeris leh gak aku tumpang tepuk tangan.. Dah habis segala mak nenek tu balik rumahlaaa.... bih kurang kul 10 malam. Danial memang happy sesangatnyaaa, dapat hadiah, dapat piala dan segala macam bendelaaaa...

tengok anak aku... baru je abis tadika terus jadi lawyer... haaa korang kalau nak anak korang kuar tadika terus jadi lawyer... mehlah anto kat tadika anak aku gak...ekekkekek


Khamis
Skali tu si Kristal tak sihat leeeee, lelah sket pastu dalam mulut dia ada ulser. 4 biji, kat lidah dua yang lebih tu kat pipi dia. Langsung tak nak makan, minum susu aje.. tu pun jarang2. Berejam aku masak bubur biar lembut... tapi sesudu pun tak di makan.. Cam nak patah pinggang aku ngayak dia aje... ate dah tido sumer atas dukung... Malam pun dia tido tak nyenyak, 2 jam sekali bangun melalak... adooo harus rabak biji mata aku.


tuuu diaaaa kene nebulizer, ciannyaaaaaa cepatlah sket sihat yeeee...


Jumaat
Mula2 aku ingat tak mo kerja lagi ari ni... tapi pk keje adoooo, next week nak meeting, next week juga aku ada exam... jadi i HAVE tooooo w/pun hati aku berat nak tinggalkan anak aku yang tak sihat tu... tapi tadi pagi Bonda dah report dia leh makan lepat pisang separuh n susu sebotol... oklah dari dia tak makan langsung.
Ari ni aku rasa tak sihat plak.. badan aku cam kene banting dari tingkat 13 (cam anak mustapa kamal je...). sumer sakit2... ini bahana aku mengayak si kristal laaa semalam. Adehhhh...dehhhh

09 November, 2007

Makan dan makan dan makan dan makan lagi

Ye.... selagi tak habis bulan raya ni itulah topik2 pada hari2 biasa apatah lagi hari cuti.

Cerita sebelum 8hb heheheehh
Hepi Deepavali pd yang menyambutnya. Kat Skudai (mana tempat lagi aku melepak..) kul 12 mlm tu dah cam dalam scene BUKIT KEPONG. Hu mak aiii... dorang ni main mercun tak hengat dunia. Pam pom pam pom... nak je aku bawak keta bomba simbah dorang sumer... Er... sepatutnya aku yang kene simbah ngan air... sebab aku tengah hangin gila ngan AbangSayang. Masa dia terpecahkan pasu2 aku kat rumah pun aku tak hangin cam ni. Oh ye... yang paling baru adalah semalam, dia telah memecahkan mug aku. Berderau darah aku, ingatkan cawan vantage aku yang pecah.... ropenye mug giant... nasib baik. (Kalau korang pernah baca nukilan aku yang lepas2 dah berapa kali gamaknya ye dia pecahkan barang? Apa ilmu gaknya dia amalkan)

Aku call hp AbangSayang sampai kering kredit aku kering... tapi satu pun dia tak angkat, aku hantar sms jauh skali nak balas. Dah kul 12.30 malam pun tak balik2 lagi. Mementanglah dia campak aku kat umah mak aku, so dia pk blehlah merewang2 dayak kat luar sampai kul berapa skali pun. Huh... aku dah ngantok gila, aku sampai dah tertido kat sofa then bangun balik eehhh tak sampai gak dia. Anak2 aku dah merengek ngantok. Aku soh tido dulu tak moh... Boleh2 nak tido kat umah gak.

Aku tengok jam dah kul 12.35... hem.. yes! bapak aku balik.. ye....ye... bapak ku pulang dari bawak teksi (inilah keje dia setelah pencen... ikut anginlah kalau rajin dia bawak, kalau idak dia lepak je kat umah... teksi sendiri... keje sendiri tak sapa nak marah..). Aku cakap ngan bapak aku mintak hantar aku kat dewan, biar aku ngan anak2 aku tido depan pintu dewan. Entah apa nama tah main badminton sampai tak hengat anak bini.

Bapak : Ko dah tepon dia ke?
Aku : Dah berpuluh sampai dah kering kredit tu, tak angkat pun...
Bapak : Nanti sat ye ayah call Tajol (kwn bapak aku yang sebadminton ngan AbangSayang)
Bapak : Hello Tajol... ko nampak rahman? Ha.. ko cakap ngan dia balik skarang bini dia dah bising.

Hahahahahahah tergelak syaitooon aku ko.... begitu tulusnya dialog babak aku. Maka tak sampai 5 minit, AbangSayang pun sampai..... muka aku jangan cerita, memang dah cam masam gilalah.. sepatah haram aku tak cakap. Kalau rendam aku dalam tempayan memang gerenti setanding ngan cuka masakan.

So... kul 1.00 pagi baru aku sampai rumah. AbangSayang pun tengok aku dah angin takdelah dia suruh aku buat air panas ke... nasi goreng ke.... Ngada tau... dah le ajak aku merewang sampai malam2 buta bila balik mata aku yang dah nak rabak ni kene goreng nasik le.. buat air le... tak tau agaknya aku dah ngantok.... Masa main tak pulak ingat lapar ke apa.... pegilah suruh kawan2 awak tu buat makanan untuk awak.... Kang aku goreng shuttle cock ngan racket dia baru tau... Tapi nasib aku buat muka masam, takdelah dia suruh aku... heheheh.... Aksi ini korang jangan tiru... tak pasal jadi bini derhaka... Tapi bukan salah aku kan? Kan? Kan? AbangSayang yang bersalah sebab buat aku marah....

Cerita pada 8hb
Disebabkan aku dah tak kawan ngan AbangSayang, so hari ini dia pulak melancarkan mogok pada aku. Ohhh tak nak cakap ngan aku ye..... takpe.... kita tengok sapa yang kenaaaaa.

Pagi tu aku sangat rajin ok... aku buat nasi goreng n mee hun goreng, opsss... bukan sebab aku nak berbaik2 ngan AbangSayang tau... tapi sebab aku dah jemu sarapan kat luar. Masa aku tengah perang kat dapor... jiran aku plak ketuk pintu dapor... dia bagi mee goreng plak. Wah murah sungguh rezeki kami pagi ittewww.

Waktu sarapan pun sepatah haram tak kuar mulut AbangSayang... mogok konon... Patutnya aku yang mogok... ellehhh..

Lepas sarap dia cakap nak pi Skudai (astaganaga.... apa dia ni tak geti muak2 gaknye pegi skudai...) AbangSayang tanya aku ada nak pi memana ke... aku cakap aku nak pi open house rumah big bos ari ni.... Ok cut off perbualan... tamat disitu.

Kul 1 tengahari AbangSayang balik bawa nasik ayam untuk anak2. Aku memang tak masak sebab, kak murni depan umah pun buat open house... jadi buat apa aku nak masak kan?? Kan?? Kan?? rugi tenaga aje.. baik aku lepak2 depan tv lagi banyak paedah. Cas tenaga untuk sesi makan2 sebentar lagi.

Kul 3.45 aku pegi open house umah kak murni, lepas tu aku pegi rumah best friend aku, ita. Dia ni aku dah pesan siang2 jangan masak sebab aku nak makan banyak kat umah big boss aku... tapi dia degil. Dia tak masak, tapi dia beli sup cendawan kat Warong USOP SONTO, kat SALENG. (Pak Usup sila bagi saya 3 bungkus free eehhhh... sebab saya dah tolong promote sop cendawan pak usup.) Ceh.. sapa yang boleh menolak bila melihat sup itu?? Cuba tanya orang Johor especially yang dok area Kempas n Senai. Aku makan takdelah banyak semangkuk je...

Lepas tu kul 5.30 kita orang (aku saing ngan ita) sampai rumah En. Maal. Hem... beso umah dia ni... best... Last year aku tak pegi pun umah dia. Menunya Nasi Minyak, Mee Kari, Sate, Kuih Muih dan air Limau. Tapi tah kenapa sebab aku dah makan kat rumah ita tadi, maka aku takleh nak makan plak kat rumah En. Maal. Jadi aku hanya minum air dan makan secucuk sate aje... Tula ita... aku dah cakap, ko degil, kang aku tak makan rumah ko, kecik hati plak. Kan aku dah takleh nak makan umah en. Maal. rugi woooo nasi minyak dia sedap tauuuuu..... Aku semenjak pregnant tak leh sumbat banyak2 nanti terkeluar. Takpe tahun depan aku akan pastikan aku makan banyak kat umah En. Maal... hahahhaah

Balik umah En. Maal kami berpecah, sebab ita nak penuhi lagi 3 undangan. Tak laratlah aku nak ikut ita... Kami pegi SKUDAI lagi.... waduuuhhh... AbangSayang nak settlekan kerja2 program gerak tumpu dia yang bakal berlangsung pada 11hb ni. So... at last kul 9.30 malam baru aku balik ke Eco Living.

Aku ingat AbangSayang masih lancarkan mogok... ellehhhhhhh..... terngendeng2 plak... kosserrr nak melayanlah.....

Maka habislah cerita semalam..... wehhh penatlah cita panjang2 tau. Ni pun aku merayap kat pc orang. Bila pc aku nak baik demam pun aku tak tau.

Dah aku nak merayap rumah korang plak....

05 November, 2007

Helllooooooowwww

Wuihhhh... banyaknya sawangg... rumah sapalah gamaknya ni.... tak geti nak berkemas gaknye....
Korang mesti ingat aku dah bertaubat blogging eh... takde maknanya.... yang benonya pc aku dijangkiti virus brontok.... dah clear... tapi tah kenapa takleh nak hidup gak.. dah sasau lah tu. Aku rasa dah 2 minggu berpenyakit pc aku tu. Tunggu teknikal staff hantar ke 'klinik' lambat beno.. mementanglah yang suruh ni mak orang... cuba kalau aku anak dara trang tang tang.. mesti dorang lajuuuuu je... Ni pun aku tengah merempat kat kubikel member aku ni...
Oh ye... setakat hari ini kesihatan aku ok... 25 hb ni aku akan jalani satu ujian ke atas buah pinggang... dan 28hb lak aku akan berjumpa pakar kat hsa. harap2 semuanya ok.. tima kasih le pada kawan2 yang telah memberikan kata2 semangat dan nasihat... Mekasih ye Nez... aku siap mimpi membaca buku yang bertajuk NEZJOE... kelakau gitu...
Semenjak berbadan satu stengah ni aku dah dapat kesan satu penyakit aku yang teramat nyata sekali... hehehheheh aku malas nak bersiap... kalau pi kerja ni aku leh pakai tshirt ngan track aje.. memang dah lama aku sampai opis lagu tu...lagi pulak skang ni musim raya kan.. bertandang dan di tandang adalah satu kelaziman... korang bayang aku pegi beraya rumah orang aku leh pakai tshirt ngan track suit je... hahahahaah aku tak tau le... mesti anak aku ni esok seorang atlit..muahahhahah.
Eh.. panjang lak aku tulis ni (panjang ke?)... aku nak pegi menziarah blog koranglaaa.... sementara tuan punye pc ni takdok...