Don't write your name on sand, waves will wash it away. Don't write your name in sky, wind may blow it away. Write your name in hearts of people you come in touch with.
28 Mac, 2008
Berdekah berdekah berdekah berdekah
Skali tu nak dijadikan cerita.. big boss pun sudah mariiii... Apakah pandangan big boss bila dia sampai pintu masih belum berbuka??
Big boss tak cakap banyak... Big boss cakap "saya tak ada kunci, kunci yang lama saya dah pulang, tapi since dah buat kunci baru ni, saya tak dapat duplicatenya... kenapa tak bagi saya satu?"
Pertanyaan itu bukan untuk aku... tapi adalah untuk Hamba Allah yang biasa pegang2 kunci ni... Sonyap je pompuan tu... Tu le ko... kerek sangat... eksyen good... ngan bos pun ko nak tunjuk kerek, tak nak bagi duplicate... ha... pasal tak jawab bila big boss tanya?? Hang cakap hang terer.. peggii dahh...
Aku ni nak kata jaki sangat ngan pompuan menopos (lom lagi kot..) tu takdelah sangat... tapi dia memang eksyen goooood... Segala segi dia rasa dia bagus... bila dia bagi pendapat tu... tidak boleh tidak orang mesti terima pendapat dia... Pn. Menopos... itu bukan bagi pendapat namanya itu suruh orang terima opinion ko... mangkuk hayun..
Disebabkan dia selalu eksyen good... aku ni memang sentiasa menantikan detik2 dia melakukan kesilapan... sebab?? ye.. sebabnya aku boleh gelakkan dia sesoka hati aku... tapi just dalam hati jelah... aku pun bukan jahat sangat... jahat sket je..
Last week aku dah dapat gelakkan dia... sebab dia kene marah ngan bos dia sebab dia buat kesilapan dalam invitation card... Hohohohohohoh gelak santalah pulok... This week aku dapat gelakkan dia lagi... hahahhahahahahh bestnya... Hem.. permulaan hari yang bagus dengan senyum dan gelak ketawa (secara solo).
Adehhh perut aku sebu... Opss ini bukan balasan sebab aku ketawakan pompuan menopos tu tau... perut aku sebu memang dari malam tadi, sebab aku makan kuih pulut serondeng petang semalam.. dan sejak itu perut ku keanginan.. pulut anginlaaa...
27 Mac, 2008
Sedey..sedey..sedey.. tak suka tau...
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....
Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..
(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan.. bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)
Semoga keadaan ini akan berterusan..
Smalam gak aku tak pergi secara solo... AbangSayang amek cuti.. hehehhe berhemah plak kali ni dia ye...
Berdasarkan rekod kesihatan aku n baby berada dalam keadaan yang baik. Aku due on 6/6 ni... Dok kata aku 85% aku bleh bersalin normal kali ini. Dok juga cakap ada dua option.... satu aku induce bersalin 2 minggu awal dari tarikh yang diberi atau pun dok akan beri tempoh aku seminggu selepas 6/6. Tengok kalau ada komplikasi atau tidak... Semalam juga dok amek darah aku untuk melihat keadaan buah pinggang aku... tapi kalau ikut urin keputusannya NIL..
Semoga keadaan yang baik ini akan berterusan hendaknya.... Amin... Korang doakan aku sekali ye...
25 Mac, 2008
Beginilah ceritanya...
Ceh.. aksi memanjat lah pulak.. gambar di snap oleh abangsayang dari luar..
Kristal naik vespa... ni jelah mende yang dia tak takut nak naik.. sumer mende dia takut..
Aisehhh gambo tak jadi... kepala sapa plak yang melintas ni...
Ini baru jadik... maskot KFC tu dah bosan ngan danial sebab danial asik ikut dia aje... dah tu jerit "yeh..yeh.. ayam mcdonald".. mau tak haru.. nasib ko tak kene patuk ngan ayam kfc. Kristal jangan tanyalah... ada ke dia jerit2 cakap ayam tu nak makan dia... huh.. tak berbaloi..24 Mac, 2008
My temperature is boiling....
19 Mac, 2008
Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W
18 Mac, 2008
Mudah bertambah mudah
Ajar anak kat rumah ====> isteri
Pegi maki hamun kat pej. lawyer ====> isteri
Petang semalam aku goreng talapia yang AbangSayang dapat
Hadiah dari AbangSayang untuk Danial. Memula AbangSayang nak belikan PS, tapi aku tak bagi, sebab tak sesuai untuk umur Danial. Kalau yang ini nak handle mudah, tak complicated sangat.
Ni tengah seronok main... yang tungging nampak punggung tu Kristal...
17 Mac, 2008
Aktiviti di hujung minggu
Oh ye.. hehheheheh AbangSayang dapat tempat ke 8 dalam pertandingan memancing.. dan Kesturi ada menyediakan sebanyak tiga cabutan bertuah... salah seorang yang bertuah tu adalah aku.. hehehehh.. okey role gambo jelah ye...
Ini masa baru sampai... memasing tengah set pancing... ada yang baca jampi.. ada yang asap kemenyan... konon bleh menang...
Aku pun join gak.. join tengok je dorang mancing dari jambatan, kristal tu pun jadi pemerhati je..
See.. ini Iqah anak my twins.. tengok pakai joran buluh je tau.. sekejap je dah dapat ikan talapia... goreng pun sodap tau... kalau dapat besar sket bleh masak lemak cili api... fuiiyoooo mak mentua lalu pun korang gerenti buat tak tau.. Kristal tengok cam orang jakun.
Hari dah panas, Kristal ajak aku dok kat rumah tropika je.. fuhhh selamat.. ekceli aku pun dah tak sanggup nak kejar dia kehulu kehilir... Kristal tengah buat terapi kaki.. ada anak ikan kecik dalam kolam tu...
Ni Haiqal, baju pink tu Ain adik aku.. yang baru biru tu.... eleh dah tau sapa kan.. dorang at last pun mancing dari rumah tropika je.. ateee dah panas kan...
Ini view menghala ke tasik dari rumah tropika.. nampak orang yang kecik2 tu.... tu sumer adalah peserta... salah seorang adalah AbangSayang..
Sudahlah ko Ain, mata kail ko dah ilang baru ko nak join aku melepak kat sini eh.. aku tolak ko kat kolam bawah tu kang... posing paling perasan... tak best langsung..
Yang baju merah tu adalah MatSpeaker merangkap tukang timbang dan pengadil. Yang aku kelako tu.. dia bleh terbalik ke belakang masuk kat air tu.. Yang baju hijo tu Danial, biasalah pak kepoh.. Yang baju coklat belah kanan tu AbangSayang... jadilah dapat tempat ke 8....
14 Mac, 2008
Rezeki di petang Jumaat
Dan baru sat ni juga aku dapat cream puff besar dari Syamie.... tima kasih Syamie.. sangat sedap ok.
Sekejap je dah dekat ujung minggu... besok aku nak celebrate besday Danial yang keenam... hari Ahad plak ada program Jom Pancing KESTURI di Tasek Tropika....
Hem.. nanti gambonye aku load next week ye...
Slamat berhujung minggu... daaa...
Melayu kurang cerdik buat pilihan
(Petikan: Berita Harian, 13 Mac 2008, Ruangan Forum Pembaca)
Saya bersetuju dengan pandangan beberapa penulis rencana di akhbar ini berkaitan nasib masa depan orang Melayu dan Bumiputera berikutan beberapa negeri tumbang kepada parti pembangkang pilihanraya umum kali ini.
Selepas melihat keputusan pilihanraya, saya akui kematangan politik dikalangan sesetengah pengundi semasakin jelas. Tetapi, selepas menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih dan bimbang kerana negeri yang dulunya didominasi Melayu, terutama Perak dan Selangor kini berada dalam genggaman pembangkang.
Negeri yagn berada di bawah kuasa komponen BN, teurtama Pulau Pinang juga jatuh ke tangan DAP. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS. Mujurlah wilayah bukan negeri dan tidak ada Sultan.
Walaupun di Selangor PKR memperoleh lebih kerusi, iaitu 15 berbanding DAP 13 dan PAS lapan kerusi, DAP tetap parti dominant kerana PKR sendiri tidak dapat menubuhkan kerajaan dan terpaksa bergabung dengan parti lain.
Yang pasti, gabungan itu bukan dengan BN tetapi DAP dan Pas. Oleh itu, parti itu mempunyai kuasa dan suara besar dalam gabungan itu. Keadaan lebih buruk di Perak di mana DAP adalah parti terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak .
Keadaan paling menyedihkan ialah di PUlau Pinang di mana jika kerajaan sebelum ini pun gagal menangani masalah orang Melayu yang miskin dan terpinggir daripada arus kepesatan pembangunan negeri Pulau Mutiara ini, apatah lagi kerajaan yang kurang mesra Melayu kini memerintah dengan majoriti besar.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru awal-awal lagi menyatakan dasar DEB akan dihapuskan yang bermaksud tiada lagi keistimewaan terhadap orang Melayu di negeri itu.
Mujurlah pucuk pimpinan negeri itu melantik dua Timbalan Keuta Menteri – seorang Mealyu dan seorang India dengan harapan dapat mewakili kaum masing-masing.
Keadaan di Kuala Lumpur juga agak mencemaskan apabila DAP menguasai lima kerusi Parlimen empat PKR, manakala satu Pas, BN pula menang di satu kerusi saja.
DAP sudah menyatakan mereka akan menyokong usaha jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipilih melalui pilihanraya setempat.
Saya amat faham mengapa kerajaan melantik Datuk Bandar di kalangan orang Melayu adalah untuk mengimbangi kekuatan semua kaum di Kuala Lumpur agar tidak dikuasai satu kaum saja.
Kaum Cina adalah penduduk majoriti Kuala Lumpur dan dengan jelas menyokong DAP berdasarkan pilihanraya umum 2008.
Oleh itu, kita sepatutnya sudah dapat mengangkakan mengapa DAP sangat tegas inign jawatan itu dipilih melalui pilihanraya setempat dan sudah tentu kita dapat meneka kaum mana yang akan dipilih nanti.
Pada pandangan saya, keadaan yang menyedihkan ini mungkin ada kaitan dengan sikap orang Melayu yang kurang cerdik berpolitik dan membuat pilihan.
Ia ditambah dengan kesudian orang Melayu, terutama PKR bekerjasama dengan DAP demi mencapai cita-cita masing-masing.
Harakah, lidah rasmi Pas pula banyak memberikan ruang kepada PKR dalam menyampaikan ideology mereka.
Kini saya mula tertanya-tanya, sekiranya Datuk Seri Anuar Ibrahim betul-betul ingin memperjuangkan keadilan, kenapa tidak menyertai Pas sebaliknya memilih untuk menubuhkan parti baru yang lebih memecahkan orang Melayu.
Jika alas an ingin mendapatkan sokongan pelbagai kaum, Pas kini dikatakan mempunyai kelab kaum bukan Islam mereka sendiri.
Semua keadaan ini sebenarnya hanya menguntungkan satu pihak, iaitu DAP di ketiga-tiga negeri itu.
Ternyata, pada Pilihanraya Umum 2008, DAP adalah parti dianggap paling ‘cerdik’ berpolitik dan menggunakan kesempatan yang ada dan orang Melayu terpedaya dengan ‘kecerdikan’ itu.
Jika DAP menggunakan slogan ‘Undi MCA sama seperti mengundi Umno/Melayu’ yang sangat berjaya mempengaruhi masyarakat Cina, sebenarnya yang lebih jelas ialah ‘Undi PKR sama seperti undi DAP’.
Kini parti yang didakwa tidak menerima Islam itu menguasai tiga negeri dan orang Melayu terus bersorak ‘kita berjaya menumbangkan BN’. Maka, terbuktilah pepatah Melayu yang terkenal, menang sorak kampong tergadai.
Kini nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, orang Melayu harus berfikir secara rasional dan matang pada pilihanraya akan datang supaya pisang tidak akan berbuah dua kali. Fikirlah masa depan anak bangsa kira dan hanya BN yang sudah berpengalaman mampu memperjuangkan Melayu, kaum majority di negara ini.
MELAYU WARAS
Johor
12 Mac, 2008
Di malam tadi...
Tapi sebelum aku teruskan bait2 bisu ni.. aku nak nyanyi sket.. Lagu Broery..
Di malam tadi... aku bermimpi...
Mimpi yang sedih sekali...
Kau akan pergi..
Tinggalkan diriku...
Aku menangis tersedu..
Diriku tak pernah lepas dari penderitaan
Mimpi yang sedih terjadi
Kau pergi setelah aku serahkan kasih suci
Inilah nasib diriku..
Okeh cut... lagu diatas takde kene mengene.. cuma ada kene bila sebut tang MIMPI je..
Okeh.. sudah dua malam tidorku begitu lena.. w/pun kerap bangun untuk tengok Kristal, suka aku tengok dia nyenyak tido.. tanpa gangguan batuk2 yang menyakitkan...
Malam tadi.. aku mimpi... korang nak tau tak aku mimpi apa... aku mimpi SHAHRUKH KHAN koooo...... mimpi tu cam real... aku mimpi SRK tu datang sini... aku siap bagi dia nginap rumah aku.. bawak dia jenjalan... SRK ngan anak bini dia... aku siap amek2 gambo bagai lagi... pendek cita kat memori kad aku tu penuh gambo dia saje leee.... Oh indahnya...
Tapi yang tak indah bila aku tercelik mata... ropenye aku hanya mimpi semata.. ohh sungguh dusta skali mimpi ku... aku tengok Pocket PC aku.. aku siap tengok bahagian picture lagik... aisehh mana gambo si sarok yang aku rakam ni...
Oh sarok.. bisakah kita bertentang mata...
Bila memandang wajahmu hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu menawan kalbu..
Mungkinkah hanya bayangan... bla..bla..bla...
Malam ku igau.. ingatkankau...
Kalau D, blog dia terpampang gambo cina tak cebok tu... kat blog aku teringin plak aku nak tepek gambo si sarok... ehh sarok islam kan?? sarok potong ke??? Sapa nak tolong aku tepek gambo sarok sebagai background?
Jeng..jeng..jeng..
Hahahahahahahhahah....
Adoolaaa dari hari Rabu hinggalah hari Isnin.. aku tak keje... ekcelli hari Isnin tu pun aku datang opis settlekan kerja.. then kul 11 aku dah balik... bukan ngulau tau.. tapi aku cuti.. tengok cuti pun datang keje.
Nak tau kenapa? Sebabnya satu isi rumah aku tak sihat... termasuklah aku.. akan tetapi aku ni gagahkan diri gak bebuat sihat... kalau dah sumer tak sihat sapa plak yang nak jadi suster.
Tapi dalam ramai2 tu yang paling parah si Kristal. Demam, batuk n selsema yang lebih menjurus kepada bronkolitis, jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Ni sumer salah AbangSayangla... huss.. kalau jadi pape pada anak aku masa tu memang aku akan salahkan dia sampai aku mati. Dah tau anak tu under prem n tak boleh ada sesapa yang selsema n batuk pasti jangkit punye... yang ko dah tua bangka tak geti nak jaga diri makan ubat, kurangkan sentuhan n cover mulut ko tu pasal?? Very the ganaszkan bunyiknya..
Apa tak ganas.. cuba korang pk... dengan anak aku yang sakit dah tak bleh nak letak, gasak beriba berdukung je... mana aku nak ayak perut.. mana nak ayak dia.. satu malam tak tido... dah kul 6 pagi aku boleh lelap mata... korang bayang tetiap malam cenggitu... Dah tu plak si penyebab angkara bleh sedap tido sampai dengkor2 lagi...
Rabu bawak Kristal, Danial n AbangSayang (ini ada batu duduk dalam kapla) pegi klinik... memang 2 owang ni dah demam (danial selamat.. cuma batuk n selsema) kristal panasnya 39, AbgSayang 38.
Khamis siang Kristal dah okey, berjalan berlari, tapi aku pelik dia tak mau makan n minum. Khamis malam Kristal naik mendadak panas... susu, nasi dan segala macam bende aku suakan kat dia, memang dia tak nak. Aku jelum2 pala dia pun panas tak reda. Aku tak tido satu malam menunggu dia aje... abih.. dah dia pun tak tido.
Jumaat pagi tu aku gesa AbangSayang bawa Kristal ke Pusat Kesihatan 'U' (PKU). Sampai sana bacaan suhu meningkat kepada 40.4, memang Kristal dah lembik habis. Masuk wad, amek darah, masuk ubat n rawatan yang diberi hanyalah menempek cool fever di dahinya. Aku dah bagi tau doktor anak aku dah 2 hari tak makan tak minum. Korang bleh imagine dok tu kata apa ngan aku.... Kalau by hari Isnin dia tak makan tak minum lagi baru kita hantar ke hospital... Tokyah dia... aku harap sangat dok bleh masukkan drip kat Kristal. Aku pelik sangat, dok dah nampak keadaan anak aku yang memang dah cam orang semput pun dia tak bagi nebulizer. Batuk tak berenti, bunyi berkeladak..
Lepas suhu badan turun, Kristal discharge wad PKU. Kita orang balik rumah. Alhamdulillah Kristal minum gak susu w/pun sket. Aku beli kfc tak makan, nasi ayam tak makan, roti bom kegilaan dia pun tak makan, roti canai pun tak makan, mee goreng mamak pun tak makan, beli satay pun dia tak layan. S/times aku rasa cam eeiii geramnya.... sumer faberet food dia tak layan.
Hari Sabtu Kristal sekali lagi panas mendadak.. Bila dia batuk dia nangis, dia kata dada dia sakit.. sambil dia baring tu tak sampai seminit asik batuk je.. ngan aku2 skali nangis. Aku cakap ngan laki aku bawak pegi Poliklinik Puteri plak. So pegi sana aku nak rawatan emergency. Kalau tak dapat jumpa doktor aku nak mintak pakaikan nebulizer dulu. Dorang terus amek kristal, masukkan ubat, bagi pakai nebulizer dan bagi injection antibiotik.
Dok cakap bronkolitis. Dok cakap nak tahan wad ke idak... aku cakap tak mahulah kalau boleh. Dok kata lendirnya banyak sangat w/pun dah dibagi pakai nebulizer. The best way dok kata, malam datang lagi pakai neb n dok akan bagi injection lagi. Dok kata kalau dah kes cam ni, bagi makan ubat memang tak jalan. Sebab kumannya degil sangat.
Alhamdulillah hari Ahad dah beransur demam dia kurang, Isnin pun dah ok, cuma skang ni batuk dia masih ada lagi skali skala.. dok kata memang ambil masa 1 - 2 weeks baru pulih sepenuhnya.
Ya.. hari ini aku dah bekerja seperti biasa... Tunggakan kerja?? Itu sudah semestinya... Okeh.. aku nak settlekan kerja aku ni.. banyak bangat woo... sapa nak tolong?
10 Mac, 2008
05 Mac, 2008
Apo nak buekkk...
Tengok plak Kristal tu.. orang yang demam. Ada unsur2 penyalahgunaan harta benda.
Nasib baik ko demam Kristal.. kalau tak jangan harap ko dapat main troli tu... troli malam tadi dah kene sumpah jadi stroller. Patah kaki troli tu memang aku cari bapak kau..
Tu tengah buat kad untuk Teacher Nadia.. Apo nak buekkk... kalo dah sorang ada flue... satu rumah mendapat 'manfaat'nya.. Bowring...Tulaaa suruh makan ubat payah, dah tua-tua pun degil... kalau penyakit tak berjangkit takpe.. Kalau ikut peribahasa arwah nenek aku dulu... "bodo boleh diajo.. tapi kalau dah degil ni.." sendiri mau ingatlah..
Aku terpikir nak makan ubat selsema semalam.. kalau makan memang confirm aku akan belayar kapal sabut sampai tenggelam. AbangSayang pun dah aku paksa makan ubat.. haruslah dia akan ngantuk...
Abis kalau aku dan AbangSayang dah tergolek tido dek penangan ubat.. sapa yang nak care si Kristal yang tengah demam? So, akulaaa... akula yang tak bleh makan ubat...
Masa ajar Danial ngaji aku rasa hangat betul badan budak Kristal ni.. Aku amek temperature selit celah ketiak dia... Hem.. bacaannya 37.5.. dah nak demamlah ni... bacaan normal adalah 36 ke bawah.. Aku suap ubat.. 4 jam lepas bagi tu aku tengok suhunya turun kepada 37... aku suap lagi ubat. Aku biarkan dia tak berbaju... tinggal suar kecik aje..
04 Mac, 2008
Huwargghhhh..
Semalam petang balik keje lepas letak barang2 sumer aku lepakkan diri kat ateh katil. AbangSayang balik awal semalam, so budak2 kalau bapak dia ada aku ni ibarat cam ado tak ado jelaaaa... Mana tak, bapaknya memang manjakan anak.. aku ni ibarat cam mak tiri je laaa heheheh..
Si kristal adalah dalam 20 minit baru dia perasan aku melepak atas katil, so dia pun masuk bilik jadi mak kepoh. Napa mak pakai cam ni? (camisole n kain dalam je.. takdela seksi pun). Pastu dia nampak lah pulak navel aku yang dah menonjol... "eh..eh.. napa pusat mak kat atas?" Agak2 korang apakah yang perlu aku bagi jawapan kat budak yang tengah peringkat naik ni eh? Banyak betul dia tanya... napa cam gitulahh... napa cam ginilah.. napa perut mak besarlaaa... dia bleh tanya plak... ada bola ke ada baby... apa kejadahnya plak mak nak bubuh bola kat dalam perut mak dek oii...
Lepas magrhib kitaorang pegi Skudai, coz AbangSayang ada aktiviti berkaitan pilihanraya. Aku rasa malas betullll nak ikut... tapi disebabkan budak2 akan histeria tak hengat dunia kalau tak dapat ikut bapak dia keluar , nak tak nak aku pun terpaksa membontoti AbangSayang. Elehhh bukan dapat ikut AbangSayang pegi bilik gerakan pun... melepak rumah mak aku jelaa.
Aku sampai Betaraguru 1&2, Mak Ein N Pak Ucu tengah siap2 nak bertolak ke Perak. Pehal plak ni..? Ohhh rupenye dapat berita Opah sakit tenat, paru2 berair, dah 4 hari tak sadarkan diri n doktor kata 50-50, doktor pun dah suruh bawa balik je. Korang mesti wonderkan.. aku orang Johor, parents pun owang Johor, tapi cemana leh ada Opah kat Batu Gajah, Perak pulok kan.. Opah tu ekcelli mak mertua kepada adik mak aku... memang dah kenal sesangatnya... tak le sesuai kalau tak pergi melawat.. Aku ni plak pakkal je bekerja n tengah terboyot... kalau ikut hati, mau juga aku pegi melihat Opah tika dan saat ini. Takpe, aku buat conference je ikut telepon sat lagi.
Dalam kul 10 malam, aku msg AbangSayang, bagi tau budak2 dah ajak balik (aku tak buat cerita rekaan ye.. memang dorang dah ajak balik). Aku tengok AbangSayang dah semacam je... dia memang selsema n batuk... tapi malam tadi dah jadi demam plak... aku bebel kat AbangSayang, sebab dah tau sakit tak nak pi klinik, tahan makan je ubat yang ada dalam stok...
Sampai rumah, dorang nak supper, aku buat mee goreng mamak, tiga beranak tu makan, aku terus jadi suster bagi AbangSayang n Danial ubat. Kalau aku tak bagi memang takdenye dia nak makan... geram tul.. sayang sangat ngan penyakit tu gamaknya... Si kristal pun aku ada dengo cam lendir kat hidung dia.. tu dah nak menjangkit dari bapak dia lah tu.... eiii geramnyaaa...
Kul 11 lebih dua beranak itu sudah belayar kapal sabut.. tinggal si Kristal je blom lagi.. masih mengutai2 mulut, masih lagi ngan projek2 mega dia... aku dah ngantok pun dia masih lagi ajak lawan bercakap... amek sikat buat saloon kat mak dia yang dah mamai... at last kul 1.20 pagi baru dia tido... Mata aku plak jahat... sangat jahat ok... elok je Kristal tido, mata aku bleh jadi segar bugar...
Dalam layankan bijik mata suruh tido.. aku tengok jam.. aisehhh dah kul 2.40 pagi.. bila nak tido ni??? Entah aku pun tak pasti kul berapa aku tido... yang pastinya kul 5.40 aku dah bangun..
Cam biasa mata aku koyak rabak pagi ini.. ohhh sangat mengantuk... huwargghhh...
03 Mac, 2008
Biarlah Allah Yang Membalasnya
mengepau duit gaji beliau.. Abis sapa lagi nak pau kan? Itu sudah menjadi t/jawab aku n anak2 heheheh... wajibulgunnah, sebab kami nak jauhkan AbangSayang dari terjerumus ke api neraka kerana melupakan t/jawab sebagai suami dan bapa... Kami kuar rumah petang n telah pergi ke Skudai Parade beli baju basahan budak2... then pegi ke JUSCO (kat sini ada baby fair.. murah2) makan KFC n shopping baju baby, sambil2 tu AbangSayang tinjau meninjau PS2 untuk Danial.. nak cari kedai yang bleh bagi harga reasonable sket.. Kat Landmark RM600, kat JUSCO RM580, kat Skudai Parade RM560 dan yang latest pegi ke Giant RM540.

